engkau boleh !!

Friday, December 27, 2013

Hebatnya Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang



Meja study yang serabut. 


Walaupun Wida sekarang dalam minggu ulangkaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan akhir semester, Wida ambil kesempatan untuk berehat di blog Wida ni. Wida mana ada kawan nak berbual. Kalau di FB tu nanti orang perli cakap "dah penuh ilmu di dada ke sempat lagi berfacebook". So, untuk mengelakkan orang tu berkata2 sedemikian Wida pun taip kat sini la. Sebelum ni Wida ada pernah berkongsi tentang zikir Ya Latiff...iaitu Maha Lembut. Sekarang Wida nak share pula zikir...

Ya Aziz Maha Gagah
Ya Jabbar Maha Perkasa
Ya Mutakabbir Maha Megah, Yang Memiliki Kebesaran

Semua ini ada dalam Asmaaul Husna. Dulu Wida ni banyak cakap tapi Wida ganti dengan berzikir pula sekarang ni. Bukan nak menunjuk2 tapi Wida nak share je apa kehebatan dan apa yang telah terbukti dengan berzikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir. Wida nak senaraikan dengan zikir tersebut telah terbukti apa yang Wida pohon dan Wida katakan semuanya termakbul. 


Suatu masa ketika berada dirumah mak Wida bagitahu. "Sebelum ni Wahid zikir Ya Latif je kan? Cuba lepas ni Wahid berzikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir" pesan emak. Wida pun ingat apa yang mak pesan dan Wida amalkan zikir tu. Kuasa Allah maha hebat tiada bandingan. Amin amin amin...


Kes Pertama


 Hari yang Wida perlu berjumpa dengan penyelia Wida untuk tunjukkan proposal dan slide presentation final year project (FYP) tu tak dapat disiapkan sepenuhnya (kalau Prof. saya baca ni, saya minta maaf ya Prof. bukan saya sengaja). Wida gelisah dah masa tu. Wida fikirkan macam mana la nak jumpa esok dengan tak siap lagi proposal tu. Malam tu Prof Wida masej "esok pagi pukul 8 jumpa saya di pejabat kolej ya". Aduhai seram sejuk dah Wida malam tu lepas baca masej Prof. Wida cuma balas masej 'Ok Prof.'

Malam tu apa lagi tak tidur la menahan mata untuk siapkan proposal dan slide presentation. Lebih kurang pukul 3 pagi Wida dah tak larat terus Wida tidur. Nasib la esok kena marah dengan Prof. Redha je la. Pagi lepas solat subuh Wida terus niat dalam hati memohon supaya Prof tak marah. Sambil tu Wida berzikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir tak henti2. Wida pun siap2 la nak pergi jumpa Prof. Jam menunjukkan lagi 5 minit menjejak ke pukul 8 pagi. 


Pejabat kolej tak jauh mana pun dengan kolej Wida. Lepas Wida minum quaker oat tu Wida pun siap2 la nak keluar bilik. Satu minit lagi nak pukul 8.00 Wida dapat dapat masej Prof "Kita jumpa tengahari la ya di pejabat saya kat fakulti". Ya Allah Ya Allah Ya Allah Wida mengucap panjang. Itulah yang Wida harapkan sebenarnya dalam zikir Wida agar ada keajaiban. Wida pun beritahu ok je la dengan Prof. Dia kata ada kena attend meeting. Alhamdulillah....bersyukur sangat2 masa tu.


Lepas tukar baju Wida sambung lagi siapkan proposal dengan slide presentation tu. Sampai la ke pukul9.30 pg. Wida berhenti sebab pukul 10 ada kelas Thai di KAA. Wida bajet lepas habis kelas pukul12 tghr la Wida pergi jumpa Prof. Manusia hanya merancangkan tapi Tuhan lebih berhak menentukan. Tengahari tu pun tak dapat Wida jumpa Prof sebab dia dah keluar pejabat. Dia suruh datang petang. Sebelum masuk kelas pukul 2.00 petang tu Wida jumpa Prof. 



Hati ni berdebar-debar ya ampun. Minta nyawa rasanya. Takut dengan reaksi Prof. Lepas Wida tunjuk slide presentation kat komputer dia, dia diam. Lepas dia meneliti semuanya dia yang tolong repair kan ayat2 Wida yang tunggang terbalik tu. Dia tambahkan apa yang perlu. Ya Allah bersyukur sangat. Prof pun tak marah2 seperti yang Wida jangka. Dia cool je time tu. Hampir pukul 2.00 ptg tu Wida minta izin untuk masuk ke kelas. Zikir itu still lagi terkumat-kamit dimulut dan hati Wida ni sepanjang dari lepas subuh hingga berjumpa Prof. Wida bersyukur sangat Tuhan membantu Wida walaupun dengan cara itu ianya menyelamatkan Wida. 

Cuba la amalkan zikir ini. Berzikir la seberapa yang anda mampu. Tidak perlu dihitung berapa kali biarlah hanya Tuhan yang ketahui seberapa banyak. Dia yang Maha Adil.

Thursday, December 26, 2013

Lawatan Pelajar Bac. Sains Teknologi Kayu Part 2

Assalammualaikum & Salam Ingatan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Bangun seawal 4.30 pagi di Sabah menjadi kebiasaan kerana persediaan untuk meneruskan perjalanan yang jauh memakan masa selama lebih kurang 3 jam. Kami bersiap-siap untuk pergi ke Sabah Forest Industri (SFI) di Sipitang. Di mana SFI ini adalah tempat menghasilkan kertas yang kita gunakan sekarang.

Macam biasa rutin kami di dalam bas tentulah menutup mata. Nak cuci mata pun takde apa sangat sebab sepanjang perjalanan hanya nampak hutan dan pokok-pokok sahaja. Ibarat kita ikut highway mana ada apa-apa selain kita nampak jalan. Kalau nak jumpa perkampungan disepanjang perjalanan pun susah semuanya tersorok maklum la semua di sini pedalaman.



Setelah merentasi beberapa daerah sepanjang perjalanan kami akhirnya tiba di daerah Sipitang. Ini adalah salah satu tempat menarik yang boleh dikunjungi di Sabah. Wida sempat snap pintu gerbang tu dari dalam bas yang sedang bergerak. Ok juga Wida snap pemandang tu. Nampak santik bah...kata orang Sabah.



Ini kalau tak silap terminal teksi di Sipitang.



Yang ada di siring2 jalan itu adalah orang menjaja pelbagai hasil kampung untuk jualan di pasar aka Tamu jika di Sabah.


Aktiviti dan cara kehidupan seharian penduduk di Sipitang.


Wahhh!!! Dari jauh dah nampak pintu gerbang SFI



Ini baru pintu gerbang sahaja belum masuk ke dalam lagi. Jauh perjalanan kami untuk masuk ke dalam tu.



Setibanya kami di SFI kami disambut oleh pekerja di sana dan kami dibawa ke bilik khas untuk memulakan sesi taklimat terlebih dahulu sebelum memulakan pengembaraan kami melihat bagaimana kertas dihasilkan.

Jangan terkejut kalau sampai ke sini memang akan disambut dengan bau yang amat-amat tidak menyenangkan. Rasa nak muntah pun ada. Kami terpaksa menahan nafas dan cover hidung dengan bau yang semerbak. Biasa la bau kayu yang sedang diproses untuk menghasilkan kertas.


Semasa kami sampai di SFI ada satu rombongan makcik-makcik dari Sarawak yang membuat lawatan juga di sini untuk melihat bagaimana kertas dihasilkan. See...diaorg pun berminat nak tahu bagaimana kertas dihasilkan. Ini pula kita anak muda di zaman serba canggih takkan tak mahu tahu bagaimana kertas dihasilkan. Walaupun tidak melihat dengan mata kasar janji kita ambil tahu dan membaca dari mana2 sumber bagaimana sesuatu itu dihasilkan.


Selepas bersarapan kami menunggu pekerja SFI untuk memberi taklimat. Bila dah masuk bilik ni baru la pernafasan kami normal kembali. Tak tahan la baunya.Pekerja kat situ semuanya dah lali dengan bau tersebut.



Ini pensyarah Wida bersama pekerja di SFI yang merupakan pelajar UPM Fakulti Perhutanan yang sudah mendapat kerja di SFI. Barisan belakang tu adalah pelajar yang sedang menjalankan praktikal di SFI. Kesemuanya adalah orang Sabah.



Dari kiri Abang Majid, Azmi dan Roger. Classmate Wida. Lagi dua orang lelaki tak pergi. 3 orang je ni yang pergi. Budak kelas Wida yang ambil subjek ni tak ramai cuma 11 orang je.



Taklimat sedang dijalankan. Penerangan yang jelas.





Inilah antara 3 orang pelajar praktikal. 

Penerangan  tentang keselamatan di SFI.



Selepas taklimat selesai. Ucapan oleh pensyarah.




Penyampaian cenderahati kepada pihak SFI.





Tempat ni memang besar sangat2. Kami sudah sedia maklum. Untuk memasuki kawasan pemprosesan tiada penggunaan sebarang alat rakaman dan kamera. So, kami pasrah. Hahahah...






Langkah keselamatan perlu diutamakan






Nampak tak gulungan kertas kat situ. Boleh hasilkan berkotak2 kertas A4. Lebih kurang mcm tu la




Yang Wida pegang tu adalah salah satu penghasilan kertas keras. Bukan macam kertas A4 yang licin tu.





Ruang rehat


Selamat tinggal SFI.


 Perjalanan balik...



Tak sempat singgah sini kata Mas. Hanya dapat lihat dari jauh saja. Mas orang Labuan. Rumah nenek dia kat Sabah dan tak jauh dari tempat yang kami pergi ni. Tapi mana la ada kesempatan untuk berjumpa dengan nenek dia.



Ok muka dah penat tambah mengantuk lagi. Ada masalah penghadaman pada perut. Tapi Mastura kata "Biasa la kak, kita jalan jauh. Jadual pemakanan kita pun berubah. Sakit perut tu macam dah biasa bila perjalanan jauh".


Kat Sabah ni jangan pelik semua tempat banyak roundabout. Wida suka tengok kat tengah tu macam2 replika ada. Lihat pada kawasan sesuatu tempat tu. Kalau kat kawasan tu banyak makanan laut makan kat tengah2 tu ada ikan la, ketam udang la macam2.



Ok back to Kota Kinabalu untuk naik flight ke Tawau pula. Esok teruskan misi untuk pergi lawatan di sana pula. Tak sabar nak habiskan semua ni. Cuti semester orang lain semua rehat2 bersama family tapi kami semua pergi bertrip pula. Huhuhu...



See....ada lagi replika di tengah2 jalan. Memang ceria la Sabah ni. Ini la antara kelainan di sesuatu tempat tu bila kita kunjungi. Lain tempat lain caranya.



Stay di Pantai Tanjung Aru seketika untuk menunggu flight ke Tawau pula.




Bye Bye KK...Jumpa lagi

Amali Pulpa & Kertas BSTK 2013

Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Sebelum ini Wida ada share tentang buat kertaskan. Ok ini antara amali yang pertama / langkah yang pertama untuk menghasilkan kertas dengan menggunakan kayu Acacia Mangium (nama saintifik) dan juga buat kertas dengan menggunakan serat batang pokok pisang.





























































Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :