engkau boleh !!

Monday, June 10, 2013

Kini Aku Terasa

Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



 Biarlah pemergian aku menjadi tanda tanya pada semua
Langkah kaki aku bukan bertujuan untuk menyalahkan sesiapa
Masih ada senyuman yang mampu aku lemparkan
Walaupun banyak makna yang tersirat disebaliknya


Daya ingatan aku mungkin tidak sama dengan apa yang engkau fikirkan
Kemahuan engkau dan aku teramat berbeza walaupun kita sama manusia
Betul la kata pepatah "Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain"


Aku mungkin tidak sekuat yang engkau sangkakan dan apa yang engkau perlihatkan
Mungkin cara kita berbeza tetapi kita tetap sama manusia
Selangkah aku pergi, aku tidak akan melupakan tiap apa yang pernah berlaku


Ya, mungkin ia menjadi sejarah dan itu adalah pengalaman hidup yang tdak akan aku lupakan
Jauh disudut hati ingin meminta maaf
Oh ya, aku lupa manusia mempunyai ego yang patut dipertahankan hinggalah kita tersedar dari mimpi


Kita tidak perlu menjadi sesiapa selain daripada diri kita sendiri
ya, memang perubahan itu perlu dilakukan tapi tidak bermakna jika perubahan kita itu tidak boleh diterima oleh pihak yang lain serta mengecewakan


Kesekaliannya, buat kali terakhir sebelum memejamkan mata 
Dimasa saat pembaringan
Apa yang dilakukan seharian akan tergambar
Difikiran dan kita menilai samada ia sepatutnya ataupun tidak


Kegembiraan adalah apabila orang yang ada disisi kita gembira
Apa yang diaplikasikan dalam hidup jika orang yang ada kita abaikan
Senang rasanya, apabila tiada kata yang diucapkan untuk seorang yang bernama manusia
Sukar pula pada si bisu untuk bertoleransi dan berkomunikasi walaupun hanya ingin meminta bantuan hatta mata boleh melihat alam maya di dunia


Ya, orang seperti aku perlu pergi jauh dari hidup engkau 
Agar engkau tiada gangguan buat selamanya
Tiada lagi apa yang engkau perlihatkan, perdengarkan, perkatakan dan perbincangkan
Sungguh tiada lagi semua itu untuk masa hadapan engkau selama ini


Berperasaan itu perlu, kerana itu engkau sedar tentang alam nyata
Kelangsungan tentang kesedaran menyelamatkan keadaan
Tipulah wahai hati yang dipenuhi rasa cemburu
Sayanglah hati walhal ia kerap kali disakiti


Tabahlah wahai hati, dan itulah selalu yang aku pohonkan dari yang Maha Esa
Sabarlah wahai perasaan jika ini ada kebenarannya
Sayanglah wahai hati yang penuh dengan sikap positif dan kelembutan
Petik-petik jari engkau jika seseorang itu dengan mudah datang kepada engkau.



Thursday, June 6, 2013

Selamat Pengantin Baru Nadia & Kholed

Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang




Suasana Majlis Persandingan Nadia di Dewan Gemilang UKM


Tahniah dan SELAMAT PENGANTIN BARU buat rakan sekelas Wida yang melangsungkan pernikahan pada 24 Mei 2013 yang kebetulan cuti iaitu pada wesak day dan majlis persandingan diadakan pada 25 Mei 2013. Lepas Wida main golf tu Wida bergegas balik ke bilik dan siap untuk menghadirkan diri ke majlis perkahwinan rakan sekelas BSTK di UPM. Alhamdulillah semuanya selamat.



Sepanjang Majlis Persandingan Nadia & Kholed



Guest Book



Ucapan untuk pengantin baru



Masa untuk makan. Seriously sedap nasi minyak ni. Nampak je penuh satu pinggan tapi takde la banyak sangat Wida ambil.



Zati & Azah



Posing dulu sebelum makan




Mastura & Wida

Sedap juga bubur dia. Alhamdulillah kenyang sangat. 




Azah dengan Zati sama fakulti dengan Wida tapi diaorg kos perhutanan, Wida kos perkayuan.





Sebelah Wida tu pengapit Nadia, nama dia Suhaila. Dia satu class Wida kat UPM.




Ni classmate Wida nama dia Fathin Farhana and yg lagi seorang tu Mastura. 







Diaorg pun datang juga, kami sama kolej. Ada juga roommate Nadia yang datang. Ala UPM dengan UKM dekat je kot.









Kek tiga tingkat...sedapnya. Takde sape je nak makan????



Masa Wida sampai tu Nadia dah bersanding. Wida lambat datang sebab cari kereta sewa lagi. 











Ni la dia pasangan pengantin dan pengapit pengantin. Tak lama lagi pengapit pulak jadi pengantin.






Apa la yang dicakapkan tu??? Korang ni macam2 la.





Ni la Wida nak menyelit juga duduk bergambar kat situ




Semoga Bahagia Hingga Akhir Hayat




Aduhai pengapit dah pening, ni belum jadi pengantin lagi. Bertambah pening la gamaknya Cik Suhaila.





Tunggu giliran la korang nak ambil gambar dengan pengantin. Hihihi...sabar ye, memang hari ni nadia terlalu famous. Semua nak bergambar dengan dia.



Makan Berdamai





Antara budak2 kelas BSTK yang hadir. Amir dengan Anis


Nak balik dah. Salam keruk dengan mak nadia.



Emm...sempat lagi kami posing











Terima Kasih Nadia :)

Cepat2 dapat baby. 

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :