engkau boleh !!

Thursday, November 8, 2012

Mood Cuti Sem

Assalammualaikum Salam Mesra Abadi

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Emm...esok hari jumaat semua dah berebut nak balik sebab telah bermula cuti semester pengal pertama.
Wida tak terkecuali nak balik rumah jugak di Pontian Johor. Dari UPM esok terus ambil bas ke komuter Serdang dan berhenti kat hentian komuter Bandar Tasik Selatan untuk ke Terminal Bersepadu Selatan.

Dijangkakan Mastura akan ikut balik ke rumah Wida InsyaAllah. Fendi classmate Wida pun tak terkecuali pergi ke Johor juga untuk sama2 mengikuti lawatan ke laman lebah yang telah dijanjikan. Tapi Fendi datang pada hari sabtu manakala Mastura balik sekali dengan Wida cuma waktu bas sahaja yang berbeza. Mas naik bas jam 10.30 mlm, Wida pulak jam9 mlm. Emm...fenin lalat la, sbb t'fikir macam mana Mas nak turun depan kg. Wida memang selalu turun bas depan kg, x pernah Wida turun sampai Pontian. Mana nak turun Pontian kalau pagi2 kul2-3. Seram la...

Assignment belum siap lagi, ni lagi masalah. Entah la...harap Tuhan memudahkan segala urusan Wida. Amin...Selamat Malam...Nak zzzz :)

Wednesday, November 7, 2012

Wedding Cousin : Ina Paiman

Assalammualaikum Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Sebenarnya Majlis Perkahwinan Sepupu Wida ni dah lama juga la. Beberapa bulan lepas diaorg telah pun menimang cahaya mata pertama. Bertemakan warna kuning mcm di raja menjadi pilihan untuk majlis persandingan kat rumah pengantin perempuan.



Selamat Pengantin Baru
Tahniah untuk Kak Ina dan suaminya



Sempat Wida snap pic masa diaorg kat atas pelamin. Wida rasa macam kerusi diaorg tu tinggi sangat dan tempat letak kaki pun tinggi. Kalau rendah sikit ok kot. Ni dah nampak macam pengantin bersandar dikerusi tetapi kebelakang.

Apa2 pun sepanjang majlis berlangsung semuanya selamat. Ramai tetamu yang hadir. Meriah sangat2. Wida ni pun nasib je dapat datang majlis kawin sepupu Wida sebab tengah cuti. Kalau xde cuti memang tak dapat pergi la.



Time ni ada seorang kakak tu minta pengantin cium baby dia...ambil berkat untuk pengantin katanya supaya cepat2 dapat baby.



It's me...muka mcm pucat sikit sbb tak cukup tidur...




Adik bongsu Wida tudung hijau dengan anak Abang Zali a.k.a sepupu Wida. Kiranya dia ni anak pada sepupu Wida tu la. Nama dia Nurul Ain Syazwani. Sekarang dia stay kat Negeri Sembilan



Budak kecil yang Wida pegang ni adiknya Ain Syazwani tu...
Budak ni tak boleh dipegang lama2 nanti menangis, dia nak dengan mak dia je.


Majlis p'kahwinan yg diadakan dikediaman pengantin perempuan b'tempat di Kampung Parit Besar Rengit Johor. Ina ni s'pupu Wahid sebelah abah sbb mak dia dgn abah Wahid adik-b'adik. Boleh la dikatakan s'pupu rapat tp Wahid lebih rapat dgn adik kembar dia sbb kami sebaya. Mak dia selalu panggil Wahi dan yang Wahid paling igt mak dia pernah kata dgn Wahid "Wahid cik minta maaf ya salah silap cik pd Wahid. Halalkan apa yg cik t'makan dan t'minum."

Aduhai syahdu betul makcik Wahid ckp mcm tu. Masih t'ngiang2 lg kat telinga Wahid ketika itu Wahid b'salaman semasa Wahid dtg b'raya di rumah dia. Sekarang semua tinggal kenangan makcik Wahid dah pergi m'hadap Illahi. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Wahid tetap b'saudara dgn semua s'pupu Wahid walau mcm mana pun ikatan p'saudaraan kita semua tidak pernah putus sampai bila-bila.

Entah kenapa sejak dua menjak ni banyak sangat Wida story pasal kahwin. Maklum la dah ramai sangat orang nak kahwin. Moga mereka happy dan bahagia hingga akhir hayat.

Sesat Sampai Putrajaya

Assalammualaikum 

Sesungguhnya kadangkala kita sesat itu mempunyai hikmah disebaliknya. Inilah antara hikmah apabila  Wida dan kawan Wida tersesat. Akhirnya kami sampai untuk menjejakkan kaki di sini. Pada orang yang dah biasa takde la rasa pelik mana pun tapi pada kami yang baru sampai sini memang la rasa teruja sangat2. 

Wah....luas pemandangan kami


Roommate Fatin dan Classmate Roza (Meroon)
Baru ni la pertama kali diaorg b'kenalan


Ya...angin kuat sepoi2 kami


Peace I'am was here


Fatin at Putrajaya



Bangunan ni selalu nampak dalam TV je kali ni nampak real cuma belum pernah masuk je kat situ. 


Roza pun nak ada kenangan dekat sini


Aikkk!! kat situ pun sempat lagi nak suruh ambil gambar
Boleh la Atin daripada xde ambil gambar kan...



Satu pic utk Roza

Roza ni sebenarnya satu sekolah masa kat Teknik Batu Pahat dulu. Tapi kami lain kos dan lain blok asrama. Roza dulu ambil kos Kej. Awam, Wida pulak Binaan Bangunan tapi kami kenal antara satu sama lain. Lepas tu masing2 sambung belajar kat Politeknik Shah Alam...time tu Roza senior Wida. Tup2 sekarang jumpa lagi kat UPM and Roza still my senior same course and same age. 


Fatin lagi nak bergambar. Teruja sangat dia tu. Sebelum ni memang dia tak pernah pergi mana2. Ini kira first time dia la sampai kat Putrajaya. Kalau Wida dari sek dulu dah biasa datang sini masa ikut rombongan sekolah.


It's me 
Simple person and still single 


Kok ayumen 


Fatin tunjuk apa tu???


Ohh...tunjuk bendera Terengganu. Maklum la anak jati Terengganu. Asal dari Dungun. Kalau dalam bilik tu tak sah kalau tak cakap ganu...kadang2 tak faham sepatah haram. Tapi Wida jenis yg cuba utk memahami. 

Roommate Wida antaranya orang :
1) Johor
2) Kelantan 
3) Negeri Sembilan
4) Kedah
5) Selangor
6) Terengganu
7) Melayu Brunei aka Sabah
8) Pahang
9) Pulau Pinang



Roza org Johor jugak. Tapi lain daerah dengan Wida.



Peace!! Dua2 anak jati Johor :)






Kalau tau nak sesat sampai sini, Fatin nak ambil gambar dengan jubah konvo dia. kebetulan ada la juga beberapa orang ambil gambar berjubah konvo kat situ cuma tak tahu mereka dari Univ mana. 






Penat...duduk pulak


I Like this pic :)


Best la kat sini...semua bendera ada. Nice place




Ok...for last pic...then go back to UPM

Senang la pulak bila nak jalan balik, tak sampai la 10 minit. Kalau tau tadi ikut je laluan yang kami ikut jln balik tu...tapi kami tak tahu jalan sebenarnya. Pusing2 baru la jumpa. Lepas ni kalau peta ke rumah pengantin tu harap2 la tak mengelirukan org yang nak datang.


Wedding Nadzirah & Razlin

Assalammualaikum

Congratulation My Friend

Alhamdulillah akhirnya mereka mendirikan masjid setelah berapa purnama mereka bercinta dan mengikat tali pertunangan. Pengantin perempuan tu la Azie a.k.a kawan satu class Wida masa belajar kat Politeknik Shah Alam. 

Azie ni sempoi selain suka buat lawak dan ketawa. Kalau sesiapa yang tak kenal dia memang orang akan sangka dia sombong dan berlagak. Tapi sebenarnya dia baik hati dan periang. Kalau ada yang tak puas hati dia cakap jujur. Dia la kawan Wida yang rajin cakap jawa. Wida pun kadang-kala ketawa dengar dia cakap jawa. Wida ni tak reti sangat cakap jawa. 

Cantik juga tema Kuning + Hitam 


Selamat Pengantin Baru Azie & Aleng

Duduk bersanding atas pelamin, senyum2 gelak2 sempat lagi tegur2 Wida
"Eh...Wahid akhirnya datang juga. Terima kasih Wahid datang majlis Azie" 
Aleng kat sebelah tu pun dok sapa2 Wida juga



Masa Wida datang tu tepat2 sekali pengantin baru sampai dan di situlah waktu kemuncaknya. Wida pun cepat2 la pergi pelamin ambil gambar pengantin bersanding. Bukan apa, excited nak simpan gambar pengantin selaku kawan sendiri. Lagipun pengantin sporting. 

Sebenarnya majlis ni berlangsung kat rumah pengantin lelaki di Senai. Disebabkan Wida tak sempat pergi rumah Azie kat Selangor so, Wida request utk hadir kat rumah pihak lelaki sebab kawasannya tak jauh dari rumah Wida. Bila Wida tiba kat sana pengantin dah berarak dan dah duduk atas pelamin. 

Wida senyum kat pengantin, sempat je si Azie ni lambai2 dekat Wida. Mula2 tu malu juga nak pergi salam tapi buang malu tu terus la pergi naik kat pelamin ambil gambar dengan pengantin. Memang Wida tak malu masa tu. Hahahaha...



Lepas bersalaman dengan pengantin perempuan dan ambil gambar, Wida terus menuju ke tempat ambil makanan. Fuyooo!!! ramai gila orang beratur nak ambil makanan. Dua2 baris yang disediakan dua2 pun panjang gila. Jenuh nak menunggu giliran tapi terpaksa la sebab nak rasa nasi minyak pengantin. 

Wida memang datang time pengantin bersanding, memang la ramai orang. Entah berapa ribulah jemputan pihak lelaki ni. Tak putus2 orang datang. Dengan jiran2 sekeliling lagi, saudara-mara serta sahabat handai datang bagi memeriahkan majlis menyambut menantu. 


Pasukan Kompang...nyanyi sedap2 sikit bang. Lirik jangan salah



Ruang laman untuk pelamin. Biasalah rumah taman. 
Takde ruang sangat, dah dpt buat pelamin pun dah kira ok. Ramai tetamu yang hadir.


See...beratur lagi menunggu giliran.
Masa ni Wida datang dengan kakak dan adik Wida. Mereka dah ambil makanan dulu masa Wida pergi ambil gambar dengan pengantin. 


Nyum2...nasi minyak superpower...memang sedap gila. Kenyang juga kami makan, ada nasi minyak, + kuih muih + buah Oren, Tauhu Lembik + Kek Coklat a.k.a muffin



Ni kakak dengan adik Wida tengah menjamu selera.


Sedap makan tauhu lembik.


Nak sikit :)


Makan berdamai

Lepas Wida dan kakak adik Wida selesai makan kami pun dapatkan Azie dengan suaminya. Makan suap2. Hihihi


Merakam gambar bersama pengantin atas permintaan pengantin sendiri.



Smile...
Makanan berdamai ni pastinya banyak yang terhidang di atas meja. Macam2 ada. Selalunya pengantin bukannya makan banyak sangat, sikit2 je diaorg mkn. Lepas pengantin bangun je. Orang2 kat sekeliling tu dah aim je nak ambil makanan yang mana satu. Bila dapat rembat terus.


Sweet kek dia...



Tunggu nak potong kek, kenapa x potong2 nak rasa sikit.


Khemah pengantin. Banyak juga khemah di rumah pengantin lelaki. 



Ok dah nak balik da. Saja nak bergamabr kat jalan senang. 



Wida dengan adik bongsu Wida Nurul Amiaa'


Yang ini pula kakak sulong Wida. Dah bertunang nanti bulan Feb thn 2013 dia kawin. 



kat belakang tu rumah Wida
Hahaha xde la. Rumah orang2 la kat Taman Bukit Senang.


Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :