engkau boleh !!

Monday, February 2, 2015

Ke Korea Ke Kita - Festival Culture KNU

Assalammualaikum & Salam Perantauan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Ada sehari tu kami dapat meluangkan masa untuk join program yang KNU. Kata Bo-Yeon Kim dia akan bawa kami pergi program mengenali budaya Korea. Lagipun dia nak kenalkan kami dengan foreigner lain. Mak aiiii berapa ramai la agaknya foreigner kat Kangwon National University (KNU).


Punya la baik supervisor kami di fakulti sebab dia bagi kami cuti sehari untuk kami melihat culture penduduk korea dan lain-lain. Apa lagi Bo-yeon pun bawa la kami bertiga round2 satu university. Mula2 kami dibawa pergi padang, support student fakulti kami ada game. Game ni memang Wida tak pernah tengok langsung so  lagi menarik perhatian kami la nak sokong sampai habis. Akhirnya fakulti kami menang. Yahoooooo!!!!



Hahaha kesiannya kawan Wida. Panas time ni. 


Salah seorang pemain game bola ni. 


Ok kami bertiga penuh semangat menjerit huuuuu haaaaa yeahhhhh
Habis game tu je kami berjalan ke semua kawasan dalam fakulti tu. 


Sempat lagi Wida snap gambar student2 main roller blade. Actually, diaorang ada persatuan sebenarnya ni. So diaorg tengah tarik  student2 baru untuk join kelab diaorg. 


Congratulation!!!


Tak sia2 kami jerit bagai demi menyokong student faculty kami. 
Wida Liyana Ning and Kim Nam Hun. He always smile...


Serius meriah gila. Wida pun seronok bila nampak ada bendera Malaysia kat semua kawasan. Program ni berlangsung selama 4 hari.


Selfie sekejap...






malu tapi mahu...


Game. Ala macam main tikam2. Guna duit syiling. 





Kebanyakkannya kat sini jual makanan. Tapi banyak makanan yang kami tak boleh nak makan. Kalau kami rajin patutnya kami pun boleh jual kat situ juga. Hahahaha berangannnnn....




Dia dah nak balik naik bas. Kami terserempak dia kat gerai ni terus dia belanja kami.




Liyana kawan Wida ni cakap oppa ni selalu give me 5 kat dia. 










Ada konsert pada sebelah malam. Wida tak pergi langsung. Kata Kim Bo-yeon ada artis Korea datang tapi Wida malas nak pergi. Ye la ni bukan tempat kita, kalau apa2 berlaku siapa nak bertanggungjawab. Ada juga kawan Wida pergi tu pun sekejap je tak lama pun. Maklum la malam kan sejuk so diaorg tak tahan.


Ni bas sebagai pengangkutan pelajar luar. Kita orang panggil bas ni Bas Maeil Lambong. Ala ambil sempena cerita Mail Lambung tu...







Berjalan menuju ke gerai yang lain. 


Bagus Bo-Yeon ni bawa kami berjalan ke semua tempat. Dia la juru bahasa kami di Korea. Tapi dia translate BI la. Kami tak sempat nak belajar bahasa korea.


Gula2 kapas pun ada.




Ini booth Africa. Macam2 ada kat sini.



Pakaian tradisional Africa yang diperagakan.


Ini antara aktiviti yang diaorg lakukan dalam booth tu, buat gelang manik.


Okey yang ni pulak mesti dah dapat teka kan main apa. Ala macam kat Malaysia juga main lompat getah tapi ni guna tali. Besar tali ni dan berat juga. Kami dapat juga cuba permainan ni dan kami sempat rakam. Tapi tak dapat nak tunjuk. Sorry...


Bo-Yeon ada beritahu kami, kawannya ada kenalan dengan Foreigner dari negara Islam juga, tapi diaorang hanya makan sayur-sayuran dan tak makan makanan yang berdarah. Emm...takkan makanan laut pun diaorg tak makan kan...tahan betul nafsu diaorg. Tapi Wida respek la pada diaorang sebab boleh berada kat negara K-Pop ni pada jangka masa yang panjang.



We are foreigner. First time jadi foreigner beb....selama ni sebut kat orang je dalam UPM tu. Kami dipertemukan di festival ni bertujuan untuk saling mengenali satu sama lain. 

Dua orang tu kawan pada BFF Bo-yeon. Dia la perkenalkan kami di sini. Tapi sebenarnya kami dah pernah terserempak dengan yang pakai tudung hitam tu. Apa ntah namanya lupa pulak. 










Tiba2 ada tarian dari booth Africa so kami tengok la sekejap persembahan mereka.


Free hair tu la BFF Bo-yeon. Dia pun sporting macam Bo-yeon and so cute and matured. Sangat2 suka tengok muka dia. 




Last sebelum balik. Mereka ni study kat Korea 4 tahun kalau tak silap. So, lama lagi la diaorg kat sini. Kami je yang tak lama. Sebulan pun ok what daripada tak pergi langsung.




Thank you Kim Bo-yeon....i miss you. Tengah lepak2 ambil angin petang. Kawan terasa nak makan aiskrim. So, kami berjalan menuju ke pintu utama KNU. Kawan foreigner tadi dah berpisah dengan kami.





Nampak tak tu aiskrim 3 perisa. Makan sekali dengan waffer. Perisa pun boleh pilih nak mana2 pun sebab lebih dari 5 pilihan yang ada. Wida pun pilih aiskrim Mint + Strawberry + Vanilla. Nyum2 sedapnya...




Emm...selfie lagi sebelum pulang.




Last sebab dah lewat petang walaupun jam menunjukkan pukul 5 petang. Korea awal 1 jam dari Malaysia. So, dah nak maghrib kena la balik. Lagipun kawan kami duaorg dirumah tu mesti dah siap masak untuk kami. Hihihi...


Terima Kasih Allah s.w.t

Saturday, January 31, 2015

Aku Bukan Cikgu Dia Bukan Cikgu Jadi Siapa Cikgu??

Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang



Sesungguhnya Wida rindu dengan tempat praktikal Wida. Walaupun hanya 3 bulan Wida disana tapi cukup untuk membuatkan pengalaman yang sangat berharga pada Wida. Tiada air mata, tiada kedukaan semuanya hanya kegembiraan. Wida pun tak sangka la cadangan mak Wida untuk buat praktikal di sekolah lama Wida sangat membawa kepada kebaikan. 


Aku Bukan Cikgu. Pelajar seperti aku yang tidak mempunyai apa2 hanya layak menumpang nama sebagai cikgu. Nak buat macam mana course yang Wida ambil di UPM takde pendidikan untuk sains teknologi kayu. Kalau nak jadi pensyarah mestilah after PHD. Jadi doktor baru la boleh mengajar. Kalau tidak kena la ambil master pendidikan. Gitu la konon jalannya.

Alangkah bestnya kalau Wida jadi Cikgu. Cikgu!! Cikgu!! itu la yang selalu pelajar di Kolej Vokasional panggil Wida. Ada sekali tu Wida datang kolej selepas Wida tamat praktikal "Eh cikgu datang". Suka tengok reaksi muka diaorg. Suka lagi bila diaorg sembang2 dengan Wida. Ala melayan diaorg seperti melayan adik2 Wida sebenarnya. 


Wida juga pernah merasai apa yang mereka lalui sekarang. Wida juga sebenarnya super2 senior diaorang takkan la Wida nak abaikan junior2 Wida. Of course la Wida nak yang terbaik untuk mereka. Walaupun nakal macam mana pun mereka semuanya ada perasaan. Kita tak merasai apa yang mereka lalui dan apa yang ada dalam hati mereka. Tiada pernah ada yang cuba untuk menyelami jiwa remaja mereka.


Dia Bukan Cikgu. Yes...itulah yang selalu diperkatakan oleh orang yang ada disekeliling Wida ketika Wida menjalani praktikal. Wida tak tahu sebenarnya status Wida cikgu atau tidak. Bila Wida mengaku cikgu diaorg tanya Wida mengajar apa. Walhal tak sempat pun nak mengajar budak2 dah habis semester. Hahaha pandai kan pilih tarikh akhir2 tahun. Nak buat macam mana rezeki Wida. Tapi sempat la beberapa ketika dengan pelajar2.


Kalau malam kami berkumpul di dewan makan selepas maghrib. Tuition la kononnya. Wida takde apa nak buat sebenarnya kat rumah warden tu so Wida ajak la diaorg utk buat latihan memandangkan mereka hampir menduduki peperiksaan akhir tahun dan SPM. Semuanya terkawal cuma ada la kot yg tak puas hati lihat kami di dewan makan. Takpe la janji niat budak2 tu betul2 nak belajar.









 Sarimah Jamil cikgu Bahasa Melayu



Pelajar bertungkus lumus buat ayat daripada perkataan yang diberi. Semangat sebenarnya diaorg ni.


Sampai sekarang ada je pelajar2 yang SMS dengan Wida. Wida layan sebab mereka ada yang hendak diperkatakan. Apa la salahnya Wida meluangkan masa. Pada orang lain mungkin tak bagus utk pelajar tapi tak salah utk cari inisiatif lain dalam cara berkomunikasi. Bukan hanya face to face je baru nak berkomunikasi.


Ala siapa pun Wida akan datang Wida takkan lupa yang Wida pernah praktikal di KV Batu Pahat. Tempat jatuh lagi dikenang. Tak banyak yang Wida buat di sana sebab hanya 3 bulan sahaja.

Aku bukan cikgu, dia bukan cikgu jadi siapa cikgu akhirnya tiada jawapan sehingga la Wida habis study nanti. Wida ada lagi satu semester pada tahun 2015. InsyaAllah akan tamat pada bulan 6 dan Wida harap Wida lulus kesemua subjek. Lepas tu baru la Wida tentukan hala tuju Wida ke mana.


Miss u Cikgu Sarimah n all your student...


Terima Kasih, Allah s.w.t


Saturday, January 24, 2015

Hebatnya Zikir - Kisah Presentation

Assalammualaikum & Salam Kasih
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Alhamdulillah Wida dah selamat membuat pembentangan latihan industri selama sebulan di Korea dan 3 bulan di Kolej Vokasional Batu Pahat. Wida bertolak dari Batu Pahat pada 11 Jan 2015 dan akan membentangkan laporan LI pada 12 Jan 2015.



Sebenarnya Wida tak tahu langsung pada pukul berapa Wida akan membuat pembentangan. Wida bermalam di rumah pakcik Wida di Shah Alam. Nak dijadikan cerita Wida belum siap sepenuhnya laporan yang perlu dihantar. Wida sambung buat kerja di rumah pakcik Wida. 


Bila semua orang tidur Wida masih berjaga untuk siapkan laporan yang masih tidak lengkap lagi. Start dari rumah lagi dan seterusnya sepanjang perjalanan kat dalam kereta sebenarnya Wida dah berzikir banyak kali.

Ya Aziz
Ya Jabbar 
Ya Mutakkabbir
Ya Hadi
Ya Zahir
Ya Muid
Ya Latiff



Baca berulang2 kali. Tak terhitung sebenarnya dah berapa kali. Wida berzikir juga untuk diri Wida sentiasa dilindungi sepanjang perjalanan memandu kereta sebab Wida kan drive sendiri kereta dari Johor ke UPM. Selalu dah macam tu seperti sudah menjadi kebiasaan cumanya Wida selalu binbang tentang keselamatan dijalan raya. Malang tidak berbau. 


Bila Wida berzikir tu Wida terus niat didalam hati supaya Wida dapat siapkan report LI yang perlu dihantar. Lepas tu Wida berdoa supaya presentation Wida tu diterima oleh penilai dan kalau boleh mendapat markah tinggi la.


Tapi nak dijadikan cerita pada hari Wida present Wida datang lambat. Wida gerak dari Shah Alam lebih kurang pukul 9 pagi. Perjalanan Wida hampir 1 jam dari Shah Alam. Sepanjang perjalanan tu pun Wida berzikir banyak2. Dah la time tu Wida tak berapa nak sihat. Suara Wida lagi la tersekat2 sebab Wida sakit tekak. Memang putus2 Wida berbicara ketika present tu.


Wida pergi tengok jadual pembentangan Wida di papan kenyataan fakulti. "Mak aiiii.....dah lambat. Sepatutnya pukul 10.00 pagi ini dah pukul 10.30 lebih". Habis la Wida masa tu. Dah tak fikir apa2 cuma fikir Wida sempat untuk present je. 


Bila Wida masuk bilik seminar di fakulti Wida tu tinggal seorang je lagi kawan Wida. Wida jadi orang yang terakhir la maksudnya. Dengan terkial2 tak tulis borang lagi untuk pemarkahan Wida kena sound sikit la dengan penilai sebab dia suruh Wida tulis nama pada kertas pemarkahan. Nasib baik penilai still lagi boleh terima presentation Wida. Kalau tidak mungkin tak lulus la.


Wida dah cuak dah time tu. Tapi mulut still lagi berzikir dan Wida harapkan ketika itu KEAJAIBAN. Fuh!! Masukkan pendrive dalam CPU komputer terus Wida buka slide power point yang Wida buat. Sumpah Wida cakap memang Wida buat 5 Slide je. Bayangkan la 4 bulan punya LI tapi slide 5 je. 


First mestilah Wida present tentang LI di Korea lepas tu baru la slide di KVBP. Mula tu nak speaking la sebab slide Wida dalam BI. Entah macam mana Wida boleh tergagap2 lepas tu suara pun putus2. Wida apa lagi terus la bercakap dalam bahasa malaysia.


Punya la kuat Wida berkomunikasi dan Wida rasa intonasi Wida ketika itu ada turun dan ada naik. Tapi yang Wida perasan memang naik je la sebab Wida sedaya upaya menguatkan suara Wida demi presentation. Janji Wida dapat markah. 


Slide Wida sikit je. Pada Wida kalau slide panjang2 tapi baca je dari slide tak guna juga kan. Wida ambil keputusan Wida akan bercakap je tanpa menggunakan slide. Sebab Wida rasa ada keyakinan yang timbul saat Wida melantangkan suara Wida.



Wida tengok penilai memberi perhatian yang sangat mendalam sebab mereka faham situasi Wida yang kurang jelas dalam percakapan. Suara dah macam ELLA beb serak2 gitu. Wida cakap pum pam pum pam......dan akhirnya selesai dan ucapan terima kasih diucapkan kepada penilai dan penasihat akademik.


Wida pun tunggu saat soal jawab diutarakan. "AWAK BERPUAS HATI KE PRAKTIKAL DI SITU?" Dengan semangat Wida pun jawab "SAYA SANGAT2 BERPUAS HATI..." sambil tersenyum2. Hahahahaha suka gila dalam hati time tu. 




Satu je soalan penilai "sebenarnya kalau ikutkan tempat praktikal awak di sana awak perlu banyak kemahiran insaniah. Terangkan kepada saya tentang kemahiran insaniah?". 


OMG....Ya Allah apa aku nak jawab ni. 

Tapi lepas Wida tengok muka penilai Wida tu terus dapat jawapan.

Sebenarya Kolej Vokasional ni adalah tempat saya menuntut ilmu ketika di ting 4 & 5. Maka selok belok di dalam kawasan tersebut saya sudah mahir. Begitu dengan pensyarah2 yang ada di kolej tersebut adalah kebanyakkannya adalah guru2 yang pernah mengajar saya sepanjang saya bergelar pelajar. 


Dan mereka sudah saya anggap orang yang lebih tinggi kedudukkannya daripada saya.Tetapi saya hairan mengapa mereka mahukan saya memanggil mereka dengan perkataan KAKAK didepannya bagi pensyarah2 perempuan. 


Disitu saya dapat rasakan betapa bertuahnya saya kerana cikgu2 saya dulu saya boleh panggil sedemikian. Tetapi mulut seakan terkunci kerana rasa hormat yang menggunung tinggi saya memanggil mereka dengan perkataan cikgu dihadapannya. Waimah saya muda tidak seberapa dengan mereka. Bertuahnya saya rasa ketika itu. Sangat2 terharu. Itu jawapan yang Wida berikan kepada penilai.


Begitu juga dengan pelajar kolej tersebut. Walaupun saya menganggap mereka seperti rakan2 saya tetapi saya menegaskan kepada mereka. Walaupun Wida dianggap sebagai rakan2 mereka sebagai orang yang lebih tua dari mereka, hormat kepada yang lebih tua adalah yang paling Wida utamakan. Wida boleh bergelak ketawa dengan mereka, berkongsi masalah dan cerita atau belajar bersama-sama. Tapi saikologi perlu ada dan hormat sebagai seorang yang lebih tua itu adalah perlu.


Selepas je Wida terangkan sedemikian. Wida nampak penilai sama2 menganggukkan kepala tanda setuju. Dan berakhirlah presentation Wida dengan lapang dada. Mungkin Wida kurang markah dari segi slide presentation tapi Wida puas hati bila Wida dapat terangkan dengan terperinci apa yang Wida laksanakan sepanjang praktikal dijalankan. 


Terima kasih Allah...

Monday, January 19, 2015

Make Over Rambut

Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Sebenarnya Wida pun tak tahu nak taip apa...Wida cuma taip apa yang terlintas di dlm fikiran Wida je. Emm kalau la Wida ada consultant. Tiap bulan kot Wida tukar stail rambut Wida. Wida nak story pasal seorang kawan alam maya Wida ni. Nama dia Pakcik. Pakcik ni Wida tak pernah jumpa dr Wida kenal dia sampai la saat Wida menaip ni.


Dia kagum la sebab Wida berambut panjang. Katanya zaman sekarang ni jarang sangat dengar perempuan berambut panjang. Sebenarnya ada cuma kita je tak tahu. Kalau macam Wida ni orang tahu pun sebab Wida bgtau dalam blog. Pakcik ni respect kalau perempuan berambut panjang. Katanya susah kalau nak jaga rambut lebih2 lagi kalau panjang melebihi pinggang. 


Yup memang betul susah nak jaga wahai Pakcik. Tapi kalau kehendak kita pasti boleh punya. Kalau Wida rimas dengan rambut panjang mesti dah lama Wida potong. Ada la satu hari tu berborak dengan Pakcik ni. 

Pakcik : Awak taknak makeover?
Wida : Pakcik agak saya nak makeover macam mana? Bagi cadangan sikit.
Pakcik : Jujur saya cakap ea, dari segi pakaian, tudung
Wida : Saya baru je try2 pakai selendang shawl
Pakcik : Banyak fashion saya tengok perempuan pakai x semestinya shawl je
Wida : Haah saya tak up to date kan
Pakcik : Ada tudung ala mak datin tu saya tengok nampak cantik, kemas
Wida : Oh mcm Fareda ke? saya x sesuai la Pakcik pakai tudung tu
Pakcik : X cuba x tau sesuai ke tak. Bkn tak up to date juz bila cari pakaian yg sesuai nampak la awak lagi muda. Kadang cara dress up kalau tak kena dgn baju nampak lg tua matured sgt
Wida : Ok2 i want to change my dress up but i am not confident
Pakcik : Kena confident. Percaya cakap saya makcik cantik tapi kena polish. 
Wida : Emm...tu la. Thanks Pakcik
Pakcik : Kalau Makcik nak saya boleh jd consultant, saya bole bg pendapat & idea
Wida : ohh...one more think, i want to lost my weight first
Pakcik : Tu da most important. Bole je. Jaga makan selalu exercise. Tapi Makcik tak besar mana pun. Don't worry.
Wida : It's a big to me. Kaki tak dapat menampung berat badan.
Pakcik : Makcik nampak besar sebab baju yang Makcik pakai. Cara make up lg. Janji Makcik tak takut utk mencuba yg baru. 
Wida : InsyaAllah saya boleh.
Pakcik : Good girl...Bab rambut awak ni saya x tau mcm mana. Kalau panjang rasa sayang nak potong. Tapi rambut main peranan jugak.
Wida :  Saya tak pernah ubah stail rambut saya dari dulu lagi. Teringin nak fashion but i wearing hijab.
Pakcik : Tu la, kalau ubah mmg sgt perubahan tp kalau rasa sayang dgn rambut ssh jgk. Tak salah berfashion.
Wida : It most important n not to style coz tutup kan...
Pakcik : Hijab still hijab. x salah nak cantik kat rumah. 
Wida : TQ Pakcik. 

Lepas chatting2 Wida dah terbayang2 ni makeover overall. Baru datang keyakinan dengan diri sendiri sebab selama ni Wida banyak sembunyikan diri Wida sendiri. Ada betulnya pakcik tu cakap. Wida je tak tahu dan tak kenal siapa diri Wida. Nak potong rambut sayang tapi kalau tak potong takkan selamanya macam tu. 


Agak2 kalau Wida nak potong rambut nak buat style macam mana ea. Nak macam rambut Anzalna la. Macam comel je. Hahahahaha...



*Sorry bahasa SMS. Pakcik ni panggil Wida Makcik.


Tuesday, December 2, 2014

Rambut Panjang Lagi

Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Wida dah 2 bulan praktikal kat kolej ni. Hampir separuh hidup harian Wida habiskan di sini. Tinggal lagi sebulan je nak habiskan praktikal. Sebelah hati cakap "yeahhhh dah nak habis praktikal" sebelah hati lagi cakap "ala rasa sayang pulak nak tinggalkan kolej ni". Maklum la lepas budak cuti semester Wida bergerak sendiri. Wida buat kerja bila mendapat arahan daripada pihak atasan.


Selama Wida kat kolej ni Wida selalu pergi ke surau kalau nak rehat. Kalau kat surau tu biasa la nak ambil wuduk tu mestilah buka tudung. Ada je orang yang perasan tentang rambut Wida. "Eh Wahida ni rambutnya panjang ya? Molek pulak dia sanggul macam tu je tak gunakan getah rambut". Wida pun jawab je la YA rambut saya panjang sampai kaki. Dah biasa kak sanggul rambut sebab tu tak guna getah rambut. 


Wida ingat dulu, bukan main susah Wida nak belajar buat sanggul yang Wida panggil siput. Setiap hari la mak yang tolong siputkan rambut. Emak ada ajar tapi rambutkan kat belakang mana la Wida nak nampak kalau mak tunjukkan cara-cara menyimpul tu. Hihihi...sudahnya mak je la yang kena sanggulkan rambut Wida. 


Kalau mak yang tolong sanggulkan selalunya kuat dan kemas. Dia sikatkan rambut Wida betul2, lepas tu dia tarik ke belakang terus dia simpul. Fuhh!!! rasa macam smart je walaupun Wida bertudung. Maklum la taknak rambut ada terkeluar2 dari scarf. 


Tak lama lepas tu Wida dah pandai dan boleh la sanggul rambut Wida sendiri. Lega hati mak tengok sebab dia dah tak perlu lagi repot2 sanggulkan rambut Wida. Terima kasih mak. Sekarang ni rambut Wida dah mencecah ke tumit. Sepatutnya dah seret ke lantai tapi rambut Wida ni gugur2 je. Makanya yang paling panjang terus jadi tak panjang. 


Ada juga orang tanya2 "kau taknak potong rambut kau ke?" Wida sebenarnya bukan tak nak potong tapi belum sampai masanya lagi. Wida dah selalu kena sound dengan adik Wida sebab Wida bawa rambut tu sebenarnya berat walaupun dalam tudung. Sebabnya Wida mudah sakit2 kepala. Tu yang orang botak kepalanya ringan je. Senang nak berfikir. 



Soalan yang selalu Wida kena jawab bila mana ada orang tanya "macam mana nak cuci? selalunya cuci berapa kali seminggu?" Wida jawab je la "kalau rasa nak cuci Wida cuci kalau rasa taknak cuci biarkan je". Pada Wida yang dah lebih dari 10 tahun simpan rambut panjang ni Wida tak cuci hari2. Wida selalu cuci selang 3 or 4 hari. 


Tapi tengok keadaan la. Kalau kepala kita berpeluh dan rambutnya basah Wida cuci la sebab nanti datang bau yang kurang enak dihidu. Wida taknak basuh selalu sebab bila kita sentiasa guna shamfu tu kan ada bahan kimia tertentu. Wida tak nak rambutnya rosak. Setakat ni Wida tengok takde pulak bercabang rambut Wida. Cuma kering sikit la kat bahagian hujung rambut. Maklum la yang paling hujung tentulah yang paling lama.


Wida ingatkan dapat la potong rambut bila usia Wida dah 27 tahun ni. Tapi rasa sayang pulak. Nenek Wida pun dah tanya "kau bila nak potong rambut, tak rimas ke?". Kita empunya rambut tak kata apa2 nenek Wida pulak yang bising2. Hahahaha. Sampai masanya nanti Wida potong juga rambut ni. 


Ada hari tu pelajar yang tidur rumah Wida. Boleh pulak dia main2 rambut Wida. "Eeee...panjangnya rambut cikgu". Terus macam dah nak tertidur bila budak tu pegang2 rambut Wida. 


Sekian, terima kasih kerana membaca.

Terima Kasih ALLAH

Tuesday, November 18, 2014

Pengalaman Praktikal

Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Sarimah (Kanan) dan Mira Sakina (Kiri) Wida tengah2. Ni la kawan baru yang Wida kenal dari UPSI.


Alhamdulillah dah hampir 2 bulan Wida praktikal di Kolej Vokasional BP. Maknanya dah sebulan lebih juga Wida tinggalkan bumi Korea selepas menetap di sana selama sebulan lebih. Syukur sangat dah balik ke Malaysia. Maklum la hujan emas di negara orang hujan batu di negara sendiri, lebih baik di negara sendiri walaupun batu hihi. 


Sebulan Wida sempat berjumpa dengan pelajar. Sekarang mereka tiada lagi sebab semuanya cuti semester. Sama la juga dengan dua orang rakan Wida yang menjalani latihan mengajar di sini dari UPSI. Rindu pulak dengan dua orang kawan baru Wida tu. Walaupun perkenalan kami tak lama tapi erat kami dah macam kenalan lama. Lepas balik dari Hari Keluarga di Linggi, Melaka tu semuanya berpecah dan balik ke rumah masing2. Entah bila la nak jumpa semula.


Wida sekarang dah tak menetap di rumah warden di asrama. Hari2 Wida ulang-alik dari rumah adik di Parit Raja. Wida rasa kosong la sebab takde kawan nak berbual di rumah warden tu. Kalau ada pelajar takpe juga ini memang takde sesiapa. So, Wida ambil keputusan untuk tidak tinggal di rumah warden lagi. Kadang2 je Wida balik untuk solat dan berehat di rumah tu. 


Sepanjang Wida praktikal kat Kolej Vokasional ni banyak sangat yang Wida dapat. Walaupun tidak sama apa yang Wida pelajari di UPM tapi impak maksima yang Wida dapat sangat bermakna. Contohnya Wida dapat manfaatkan ilmu pengurusan pentas yang Wida belajar untuk diguna pakai sepanjang program yang berjalan di KVBP. 


Komunikasi dengan pelajar2 yang Wida anggap adik2 Wida juga sangat bermakna. Mereka sebenarnya sangat2 memerlukan perhatian dan kasih sayang. Kasih sayang bukan makna untuk bercinta tapi mereka yang usia remaja ni banyak yang ingin diperkatakan dan banyak yang ingin dilakukan. Semuanya mereka ada dalam diri mereka tapi kadang kala mereka salah langkah dan penggunaan kebolehan bakat mereka bukan secara positif tapi kadang kala ke arah negatif. 


Wida sayang sangat dengan pelajar2 di sini sebab mereka semua adalah junior Wida. Kolej ni merupakan tempat Wida menuntut ilmu suatu ketika dulu. Wida rasa sebagai super senior takkan Wida nak biarkan mereka terumbang-ambing tanpa pengawasan. Wida seronok bila dapat buat tuition dengan mereka. Wida rasa Wida dapat lihat apa yang mereka mahukan dalam setiap pembelajarannya. 


Wida dapat berbual dan berkongsi pengalaman dengan diaorg. Wida rasa lepas ni andai kata Wida tak jadi cikgu pun takpe sebab bila pelajar2 panggil Wida cikgu pun Wida dah rasa bangga dan puas hati. Kita tak tahu apa yang Allah akan berikan kepada kita pada masa akan datang. Mungkin Tuhan beri sekarang rasa dan perasaan bagaimana menjadi seseorang pendidik sebab kita akan tahu kita perlu persediaan dari segi fizikal, mental dan emosi. 

Monday, November 3, 2014

Trip To Nami Island, Korea (Part 1)

Assalammualaikum & Salam Perantauan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Tarikh : 8 September 2014
Tempat : Nami Island, South Korea


Apabila berada di negara orang semestinya menjadi keutamaan untuk melawat apa yang unik dan keistimewaan yang ada negara orang berbanding negara kita. Alhamdulillah Wida dengan kawan2 Wida manfaatkan hujung minggu kami untuk pergi ke Pulau Nami, tempat Winter Sonata berlakon tu. Hihi...sebenarnya tempat tu tak jauh pun dari tempat kami.


Takde la awal pagi sangat kami bertolak ke sana sebab semua bangun lambat. Kelmarin ada kawan kami orang Korea dah tunjuk ajar bagaimana cara nak pergi ke sana. So, kami akan praktikkan hari ni. Takde la senang sangat dan tak juga susah. Pada Wida kalau dah duduk jauh dengan family secara automatiknya kita akan belajar berdikari dengan sendirinya. Nak harapkan siapa lagi kan kalau bukan orang yang ada disekekeliling kita.


Kami naik teksi daripada motel kami. Bayaran sebanyak 2800 won untuk satu teksi. Beritahu pemandu "Namchuncheon Station". Macam biasa Wida selalu naik dengan seorang kawan Wida nama Ikin. Lagi 3 orang kawan Wida naik teksi lain.


 Ni teksi yang bawa kami dari Motel. Sebenarnya takde la jauh sangat dengan motel kami adalah lebih kurang 10 minit itu pun kalau kami senang dapat teksi. Kalau nak jalan kaki boleh je tapi penat la sikit tambah basah ketiak, hilang make up terus cair. Lagipun kami semua bukannya tahu sangat station tu kat mana. Paling senang naik teksi la.


Ni kiranya pertama kali kami nak naik train kat Korea. Wida dan kawan2 naik ni namanya KORAIL, lebih murah dari train yang laju tu. Ok jom intai2 gambar kat bawah ni. Wida kalau 100 ambil gambar rasa macam nak masukkan semua je.


 Aras bawah Namchuncheon Station. Ada infomation station tu boleh ambil brochure like is a flyer, pamphlet or leaflet. Mana tau kot2 ada yang tak tahu. Ambil je apa yang ada kat situ.


 Ok naik tingkat atas nak cari tiket.


Make sure selalu la beringat platform mana anda naik dan mana laluan untuk ke arah yang hendak dituju. Wida selalu suka ambil gambar so ada bukti. Kalau sesat ke kita boleh la tanya2 orang mana laluan yang kita maksudkan. Maka kami semua ni macam la terror korean speaking sangat konon nak tanya2. Kebanyakkannya bahasa isyarat je la yang kami lakukan.



 Inilah salah satu mesin untuk beli tiket. Kat Korea takde kaunter tiket you know. Semuanya pakai mesin. Negara canggihkan mana nak pakai orang jaga kaunter. Pada diaorg itu dah ketinggalan zaman dah. Selagi teknologi diaorg canggih diaorg akan memanfaatkan sebaik-baiknya.


 Konon macam dah pro. Main tekan2 je. Tapi pilih la English Language. Huhu...pilih hendak ke mana. Terus la ada keluar macam gambar kat bawah ni.


 Ni harga untuk 2 orang ke Pulau Nami atau namanya Gapyeong Station dari Namchuncheon Station. Deposit tu kita boleh dapatkan semula. Nanti Wida cerita.


 Macam ni la keluar bentuk kadnya setelah pembayaran dibuat. Kalau boleh simpan la resit naik kenderaan tu. Mana tau kalau kad hilang. Apa2 hal boleh rujuk dengan pekerja di train. Walaupun takde kaunter tiket tapi kat station tu sentiasa ada pengawal yang jaga. Lagi satu, kalau la anda sesat atau tersalah berhenti kat station yang hendak dituju tu, secara automatik anda kekurangan nilai dalam kad tu. Tapi jangan risau, sebelum scan kad tu ada satu mesin untuk tambah nilai. Mesin tu akan bagitahu berapa nilai kita perlu tambah. So, senang sangat. Pastikan simpan kad dengan selamat jangan terlipat.



 Ni pulak macam kad Touch N Go. Kawan Wida beli dari kawan yang balik dari Korea. Wida pun tak berapa pasti nak dapatkan kad macam ni kat mana.


 Ok let's go. Ikut laluan yang ada tanda RIGHT warna hijau.

 Lepas scan kad, terus pilih laluan mana yang anda nak pergi. Kalau boleh dalam handphone yang canggih tu download la Korea Subway Map. Wida bagi sedikit gambaran macam mana map yang ada dalam application tu ok.

Macam ni la peningnya nak tengok. Lagi2 kalau handphone kecil. Kalau ada tab senang sikit nak tengok. Selama Wida berjalan kat Korea tu kawan2 Wida la yang download aplikasi tu. Wida tau ambil gambar je. So, diaorg la yang tunjuk and bgtau kat mana perlu tukar station.


Station yang Wida nak naik train ni adalah stesen kedua. So, macam tak ramai orang. Tapi diaorg sebenarnya dah hafal jadual train ni bila sampai. Takde la sesak mana. Cuma kalau yang sesak tu confirm la kat Seoul.


Selfie dulu...First time jalan2 ni.


 Semua orang tengok kami atas bawah atas bawah je. Pelik agaknya. Termasuk la Uncle seorang ni. Banyak pulak tu yang nak dibualkan. Dia pernah pergi Kuala Lumpur 2 kali. Nasib baik dia pandai speaking. So, beborak dengan dia je la. Baju kuning tu la yang rajin nak berbual dengan sesiapa pun.


Ok train dah sampai. Wida suka dengar muzik kat semua station bila train dah nak sampai. Unik bunyinya.


Gapyeong Station

Sini la tempat yang kami turun setelah melalui 6 station lain dari Namchuncheon. Tambang harga macam Wida katakan tadi diatas.


Keluar je dari Gapyeong Station tu confirm terus nampak banyak bas dan teksi parking kat bus stop tu. Kalau nak pergi Nami Island kena seberang jalan bila dah keluar dari Gapyeong Station tu. Ingat tau jangan silap. Naik teksi pun ok. Takde la mahal sangat sama je dengan harga naik teksi cuma tambah berapa won je. Bergantung kepada pemandu teksi tu.



 Ok nampak tak gambaran tempat tu. So, naik la bas yang warna macam ni. Tapi kena tengok dan tanya dulu. Mana tau kalau salah naik bas.


 Nampak tak tu bukan bas yang nak pergi Nami Island. Tak tau pulak bas tu nak kemana. Kalau nak naik bas ke Nami Island pastikan beratur di tempat yang ada macam pondok bas macam kami buat dalam gambar di bawah ni.


 See...hihihi dah excited ni. Bas Wida tak tahu pulak berapa kerap ianya ke Nami Island. Tapi kalau takde bas or bas penuh. Naik je teksi. Belakang bus stop ni actually ada ladang tanaman bunga2 dan tumbuhan lain. Tapi kami tak berkesempatan untuk pergi bergambar di situ. Satu kerugian kepada kami.


Ok ni adalah senarai harga tambang bas. Bas air cond jangan risau. Make sure beratur kalau nak naik bas sebab semua orang Korea beratur beb tak kira tua muda. Sediakan duit secukupnya sebab bayar duit tu kena masuk dalam tabung. Tambang untuk dewasa 1,200 Won. Yang lain tu Wida tak dapat nak terangkan sebab bukan kepakaran Wida dalam mengusai bahasa Korea. Nanti la Wida belajar dulu supaya Wida tau apa maksud yang tertulis. Ingat tau dalam bas bagi tempat duduk kepada yang lebih tua. Wida naik bas dulu bye2...


Ok kita continue untuk Trip To Nami Island, Korea (Part 2).


Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :