engkau boleh !!

Saturday, March 1, 2014

Manusia Sentiasa Diuji

Assalammualaikum & Salam Kasih 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang





Benarlah kata yang pakar, manusia sentiasa diuji dalam pelbagai bentuk dan keadaan. Wida juga manusia yang tidak terlepas daripada diuji kerana Tuhan mahu kita sebagai manusia sentiasa mengingati Dia. Apa jua yang datang kepada kita semuanya dari Dia. Kekayaan, kesihatan, dan segala-galanya semuanya dari-Nya. 


Pada akhir bulan februari Wida diuji dengan satu perkara yang pada Wida sangat penting kerana ini melibatkan masa depan Wida sebagai pelajar. Wida merupakan student final year dan InsyaAllah diizinkan Wida akan tamat belajar pada akhir tahun ni. 


Selama Wida berada di sini, boleh dikira ini kali kedua Wida menitiskan air mata. Wida jadi manusia yang selalu berdoa semoga ditabahkan hati dan diberi semangat agar Wida kuat menempuh segala dugaan dan cabaran. Tidak kira la cabaran dan dugaan itu dalam pelbagai bentuk. Wida kena kuat kerana Wida disini seorang tanpa ada keluarga disisi.


Wida menitiskan air mata setelah Wida tidak tertanggung dengan apa yang Wida hadapi. Berat sangat dada Wida menanggung rasa sebak dalam hati akhirnya terluah juga dengan air mata. Wida menangis sepuas-puasnya dengan bersaksikan seorang rakan kelas Wida yang ketika itu ada disebelah Wida. Wida tak pernah nak salahkan sesiapa atas silap Wida tapi Wida terkilan kerana ada juga orang yang sanggup buat Wida rasa sedih.


Apalah gunanya jika hanya mahu mendapat pujian dan perhatian tetapi ada pihak lain yang kecewa dan terasa dipinggirkan. Itu la yang Wida rasakan sekarang. Sampaikan Wida rasa nak mati kenapa orang tu sanggup buat Wida macam ni. Wida takde buat salah pun dengan orang tu. Wida hormat dia sebagai rakan kelas Wida. Wida tak pernah cari pasal atau buat jahat sekalipun dengan orang tu.


Hanya orang yang rapat dengan Wida je tahu apa yang terjadi pada Wida. Wida sanggup untuk gugurkan subjek tu jika itu yang terbaik. Tapi Tuhan berikan petunjuk dan orang yang dekat dengan Wida banyak memberikan cadangan. 


Masa Wida menangis tu Wida tanya "Ya Allah kenapa engkau uji aku seperti ini? Apa yang engkau sembunyikan daripada perkara sebenar? Bantu la hamba mu ini Ya Allah..." dengan menangis teresak-esak sambil menyebut Allah Allah beberapa kali. Wida bukan nak menunjuk-nunjuk tapi itu la keadaan sebenar Wida masa menangis tu. 


Wida nekad nak gugurkan subjek tu dan sanggup untuk tambah satu semester lagi kerana subjek tu. Masa tu orang pertama yang Wida bagitahu ialah mak Wida. "Emak...kalau Wahid kena tambah satu semester lagi macam mana mak? Apa pendapat mak". Wahid mahukan jawapan dan buah fikiran emak Wida. Kalau ikutkan Wida yang tengah bingung memang Wida nak gugurkan je subjek tu. Emak Wida adala segala-galanya bagi Wida jadi Wida mahu nasihat dari dia.


"Cuba tanya dengan penasihat akademik tanya dia macam mana kes sekarang ni"...itulah yang emak cadangkan pada Wida ketika itu. Dan Wida terus mendail no penasihat akademik Wida. Alhamdulillah Wida terima respon dia yang positif tu. Lepas menceritakan keadaan Wida dia nasihatkan supaya rujuk kepada yang lebih arif tentang kes ni. Dia minta Wida hubungi dengan timbalan dekan. Syukur sangat bila dengar ada sedikit sinar daripada kata-kata timbalan dekan tersebut. 


Pasti semua ini ada hikmah yang tersembunyi. Kita tidak tahu semua ini rancangan Tuhan. Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang tentukan segalanya. Sekarang memang kita rasa tidak patut berlaku tapi kita akan tahu ianya adalah yang terbaik untuk kita satu saat nanti. 


Wida bukan la orang yang tidak boleh beri komitmen dalam segala hal. Wida akan beri komitmen sepenuhnya jika ianya benar. Tapi sekarang pasti ada yang tidak benar maka Tuhan pun melengahkan masa Wida untuk teruskan sesuatu perkara itu. Tapi Wida akan kisah jika seseorang itu sentiasa ungkit benda yang sama walhal ianya tidak mendatangkan kebaikkan. 


Daripada Wida pergi seorang dengan tiada jaminan keselamatan pada Wida baik Wida batalkan saat-saat akhir. Biar Wida tidak memulakan dari awal agar Wida tidak perlu melalui saat pengakhiran itu. Mungkin Wida sentiasa ketinggalan tapi Wida sebenarnya taknak macam tu. Ok la Wida bagi contoh :


Siapa yang nak dengan sengaja tidak pergi ke kelas? Mesti taknak kan. Tapi kalau kawan kita tak bagitau hari tu ada kelas ganti atau kelas ditukarkan kepada masa lain apa kita nak kata? Nak kata kita ketinggalan sebab tak tahu apa2? You are WRONG. Kamu la sepatutnya menjadi penyelamat kepada mereka yang tidak tahu apa2. Salah ke kalau text je "Class ganti pada sekian2 hari bulan bertempat di fakulti". Itu lebih mulia kot rasanya daripada menjadi pendiam yang membunuh.


Takpe la kalau orang tu nak buat macam ni dengan Wida. Wida doakan moga dia selesai menjalankan kerja-kerja dia tanpa Wida. Jangan bawa Wida yang lembab ni sebagai orang untuk membantu kerana mungkin kerja-kerja akan tertangguh dan banyak kesalahan. Mungkin juga satu masa Wida akan dipersalahkan atas banyak perkara sebab itulah Wida dipinggirkan.


Wida pun tak boleh terima kata-kata yang tidak membina dari orang itu kerana ianya tidak langsung mendatangkan kebaikkan pada Wida. "Wida bukan la orang yang sangat bersungguh-sungguh untuk buat kerja itu ini. Wida juga tiada text dan masej apa2 pasal hal itu dan Wida hanya diam penyepi selama sebulan itu". 


Yes itu la Wida yang sebenarnya. Kalau itulah yang dia kehendaki. Wida ni punya la tertunggu-tunggu bila mahu mula dan bila mahu bincang. Nanti katanya bincang sorang2 tak patut. Tapi bila mereka berbincang ada pernah panggil Wida. Wida dipinggirkan. Wida boleh je hadir jika dipanggil. Setakat memandu 4 jam tu Wida sanggup la semata-mata untuk datang berbincang. Ini tidak dah bincang pun sikit tak bagitau Wida. 


Bila nak pergi pun saat akhir Wida dapat tahu. Itu pun Wida dikata itu ini. Wida tak datang jumpa, tak nak bincang, tak nak ambil tahu semuanya. Wida tak buat persediaan untuk ke sana, dan Wida cuma hanya mahu melancong. Apa semua ni??? Wida taknak semua tu. Wida nak bagi komitmen tapi disalah ertikan. Emmm...semuanya diuji. Takpe la nak buat macam mana. 



Wida mahu lupakan semua ini dan Wida mahu bina yang baru dengan sebaik-baiknya. Terima kasih kepada orang yang menyelamatkan keadaan Wida. Moga Tuhan menyelamatkan orang yang sanggup menolong Wida disaat genting ini. Terima kasih kepada orang yang bagi Wida nasihat dan Wida bersyukur kerana datangkan orang yang baik kepada Wida. 


Dengan ini Wida menarik diri daripada meneruskan kerja itu. Wida rasa kalau Wida teruskan juga pasti ada musibah yang tidak diingini kerana semua orang yang sayangi Wida mendoakan untuk Wida. Memang perit untuk terima tapi pasti ada kemanisan disaat akhir nanti tanpa kita sesdari. InsyaAllah janji Allah itu pasti dan jalan yang Allah berikan pastinya lebih baik dari jalan yang ada sekarang. 


Moga Wida dapat menyelesaikan kerja baru dengan jayanya dan dipermudahkan segala-galanya. Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir. Allah maha besar maha kuasa dan maha mengetahui segala-galanya. Amin









Thursday, February 27, 2014

Macam-macam dugaan dan cabaran

Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang





Makin nak menuju ke sem akhir ni macam2 hal berlaku. Tapi takpe Wida tabah insyaAllah untuk lalui semuanya yang mendatang.



1. FYP



2. Jam kredit yang banyak untuk semester akhir



3. Subjek yang power semester ni


4. PTPTN tak dapat sebab dapat pointer yang menjunam jatuh bawah dua. Aduhai...


Macam2 yang Wida fikirkan sekarang, serabut kepala otak. Memang siapa yang baca ni mesti cakap "Padan muka dengan kau Wida". Emm...Wida kena kuat, cekal dan usaha untuk semua benda. Wida akan usahakan sampai Wida mati. 


Wida malas nak kata belakang so Wida kata depan2 la. Wida pun dah tak larat nak lalui semua yang ada dihadapan mata. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Sabar la wahai hati.


Rasa susah sem ni sebab banyak dapat tekanan dari orang sekeliling. Tapi takde pulak Wida dapat semangat dari orang sekeliling semuanya seperti mahu membunuh. Apa la nasib badan. Orang nak dekat dengan Wida sebab ada kepentingan masing2. Macam2 kepentingan yang diaorg mahukan.


Wida rasa kalau sampai tahap kesabaran Wida ni dah tak ada Wida akan senyap. Wida takkan bersuara dan Wida hanya akan buat saja kerja. Biar la orang sekeliling nak kata Wida lupa ke apa ke. Wida sekarang ni mengharapkan orang untuk support Wida dari belakang bukan untuk tikam dari belakang.


Tak perlu la nak ungkit2 kalau kau pandai membodek, atau pandai apa2 pun. Just to be honest. Dalam dunia ni memang perlu lawan dan lawan tu biar la pada jalan yang betul. Pufff!!! Lupakan semua angan2 dan niat yang negatif kelak Wida khuatir akan menimpa diri sendiri. Ingat tau Tuhan maha mengetahui niat setiap hambanya walaupun hambanya belum melakukan perbuatan tersebut.









Aku Si Double U Rapunzel


Bersyukur dan sentiasa berdoa dan meminta dari Allah s.w.t Amin...

Wednesday, February 26, 2014

Aku Hanya Manusia Yang Lemah

Assalammualaikum & Salam Bahagia
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Sains itu saintifik



Seorang budak perempuan yang dulunya tiada kawan, tiada harapan untuk melangkah jauh kerana sering mendapat keputusan yang kurang membanggakan sesiapa dan budak yang selalu dipergunakan oleh sesiapa yang suka mengenakannya. 


Budak perempuan inilah yang cikgu di sekolah memandangnya tidak akan melangkah jauh dan tidak akan kemana-mana. Budak perempuan yang sering berdiam diri didalam kelas dan hingga la sekarang dia begitu diperkatakan oleh sesiapa tentang dia perihal itu dan ini. 


Itulah dia diri aku sebenarnya yang sekarang masih seorang perempuan yang dipergunakan dalam banyak hal tetapi aku rasa aku kadang kala menganggap aku membantu tapi sering disalah ertikan. Sudahnya aku yang menerima tempiasnya semula.


Seorang budak perempuan yang dulunya tiada berteman kini temannya beribu. Maklum la katanya berkawan biar beribu tapi bercinta biar satu, kononnya la tu dulu2 zaman sekolah2. Aku pergi mana2 ada je yang kenal dan tegur aku "Hai Wahid. Hai Wahida. Hai Kak Wida. Hai itu hai ini". Aku membalas dengan senyuman sehinggakan ada kawan yang pelik "Pergi mana2 je ada je org yang kenal dan tegur kau kan". 



Seorang perempuan yang dulunya tiada nampak masa hadapannya kearah mana kini aku telah buktikan aku mampu melangkah jauh. Sejauh aku pergi semuanya aku sudah lalui. Bermacam perkara aku telah rasainya dan mengalaminya. 


Aku tak faham kenapa ada juga orang yang suka suki kata itu dan ini. Aku tolong katanya aku marah2 la itu la ini lah. Hishhhh...tak faham sungguh. Kes2 dulu aku simpan je aku tak heboh dengan orang. Tak sangka pulak bila aku dah takde kau pandai reka cerita ya.


Dari dulu lagi aku dah kena macam2. Masa aku belajar kat giatmara dulu ada orang tuduh aku ni paw duit orang. Paw ni kira macam along minta hutang. Halooo...kau naik kereta aku lepas tu siap berjemput kat depan rumah, balik pun aku hantar kau cakap aku paw kau. Apa ni???? Dulu sebelum naik kereta aku kemain lagi berjanji...nanti nak pergi kelas kitaorang tong2 duit minyak. Lepas aku dah bawa kereta kau cakap aku paw duit kau. Tak berhati perut kau tau tak. Memang patut la kau tong2 minyak nak naik free je kau ingat aku masukkan air ke apa dalam tangki minyak tu. Manusia2...sedihhhhh!!!


Kalau aku tau kau nak buruk2 kan nama aku, time tu aku suruh kau naik bas dan aku taknak tumpangkan kau langsung. Aku pergi sendiri pun boleh la naik teksi atau bas. Tapi disebabkan kau dan kawan2 lain nak naik sekali dan tong2 duit minyak aku setuju bawa kereta. 



Hal yang lain pulak ada orang cakap aku ni macam mak2...suka membebel dan bising2, heloooo kalau kau sayang mak kau, kau fikir la aku penganti mak kau. Orang yang selalu kejutkan bangun pagi untuk kau pergi ke kelas sebab aku taknak kau terlepas kelas dan sibuk mengadu "ala terbangun lambat sebab takde orang nak kejut". Aku banyak bersabar dan bertolak ansur dengan kau tapi apa aku dapat dari kau. Aku dapat apa yang kau kutuk2 pasal aku dari orang lain. 


Siapa cakap aku garang???? Semua orang ada perasaan kot. Sesuka hati kau je cakap aku garang macam kau sama2 sekolah dengan aku je dulu kau dah tau aku ni garang. Dulu kat sekolah aku memang garang sebab budak2 dalam kelas aku selalu bising. 


Aku pun tak faham mana garang aku. Aku selalu la kawal perasaan aku jauh sekali nak marah orang. Buktikan pada aku kalau aku garang dan marah2 kau. Aku banyak berdiam je ada la. Aduhai ada juga manusia macam ni. Kau aku dah tolong itu ini, kawan kau aku anggap kawan aku juga siap aku layan baik2 tiba2 kau dengan kawan2 kau buat muka bodoh je jumpa aku. Perghhhh!!! Kalau aku tau dulu siapa pun kawan kau aku malas la nak pandang. 


Sekarang kita di universiti bukan dekat sekolah lagi. Kalau perangai kau tak serupa budak universiti minta maaf la...kau memang patut kena kaunseling kasi basuh kau punya kepala otak. Tak payah nak tergedik-gedik sangat walaupun kau pandai macam mana. Aku doakan la moga kau berubah dan aku maafkan kau dengan andaian dan kata2 kau pada aku. 


Kau ingat ya satu masa nanti kalau dah takde orang lain yang kau boleh harapkan kau akan minta bantuan dari orang yang engkau kenali. Itu pasti. Aku tak berapa suka sangat luah2 perasaan dalam sini sebab aku masih ada Allah yang selalu mendengar tapi aku rasa orang kat luar sana perlu tahu juga isu2 semasa yang buatkan mereka perlu pertimbangkan kes2 macam ni utk panduan diaorg. 

Monday, February 24, 2014

Hebatnya Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Assalammualaikum w.b.t & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang



Kes keberapa entah

Jam sudah menunjukkan hampir pukul 12 tengah malam. Wida tengah duduk kat meja study sambil search alamat untuk cari tempat nak praktikal. Tiba2 Fathin call minta tolong ambil dia kat TBS. Wida pun setuju la dan siap2 la nak pergi TBS. Dari bilik lagi Wida dah niat dalam hati supaya permudahkan urusan dan yang paling penting sekali Wida mohon agar dapat semula parking keteta kat tempat yang Wida selalu parking. 


Wida pun start kereta, dan masa tu terus terfikir nak lalu ikut pagar mana ya. Ikut pagar dekat stadium ke? Ikut pagar dekat padang tenis. Emm...dalam beberapa minit Wida fikir terus Wida menuju ke arah pintu pagar stadium dengan harapan pagar tak tutup lagi. Memang jalan masa tu dah lenggang takde kenderaan langsung. Memandangkan jalan situ yang paling dekat nak keluar ke jalan besar Wida ikut la jalan tu.


Dengan tidak bertemankan sesiapa masa tu Wida sorang2 je, Wida nekad la berhenti bila pak guard tu tahan kereta Wida dari jauh. Wida pun berhenti "Assalammualaikum encik, saya nak keluar untuk ambil kawan di TBS". 

"Kamu ada surat dari felo kolej kamu untuk kebenaran keluar lebih dari pukul 12 malam?" 

Wida pun geleng la kepala sebab memang Wida tak ada pun surat tu. Selama Wida dekat UPM ni Wida tak tahu pula syaratnya macam tu. Selama ni ok je kalau keluar masuk. Kalau kena tahan dengan guard pun ada alasan yang munasabah. Takkan dalam hal kecemasan macam ni nak cari felo. Fikirkan keselamatan kawan je yang dah tunggu kat TBS tu. 


"Felo tu makan gaji buta je. Patutnya dia sediakan surat untuk keluar masuk" kata guard tu. (Wida pun terpinga2 tetiba, kenapa pula pak guard tu cakap macam tu. Apa motif dia????) Selama ni Wida tak pula ambil tahu Felo tu makan gaji buta ke apa. Yang Wida tahu mereka ada kerja dan tugasan yang mereka lakukan tanpa pengetahuan kita. 


Lepas tu pak guard minta kad matrik Wida pulak. Aduhaiiii....makin lambat la macam ni kata Wida dalam hati. "Ada encik, kejap ya" penuh sopan bagi siap dengan tali kad matrik lagi. Alamak habis la kalau kena rampas. "Saya pun sebenarnya tak sangka la kawan telefon waktu2 begini nak minta tolong ambil dia di TBS. Saya pun tak tahu sebenarnya kalau nak keluar lebih dari pukul 12 ni kena minta surat dari Felo kolej" panjang lebar Wida bagitahu.


Alasan guard tu memang la munasabah bila dia cakap yang Wida ni keluar seorang. Lepas tu dia cakap pasal keselamatan kita (yes itu betul, Wida memang sokong). Dalam apa jua keadaan kita memang tidak tahu kemungkinan yang akan wujud. Emm...bila terdengar macam2 cerita dari guard tu (kes rompakan di terowong la, kes kena bunuh la, kena langgar la, macam2 lagi) Wida pun ambil keputusan untuk call semula kawan supaya dia naik teksi sahaja dari TBS dan Wida hanya jemput di depan pintu guard je. Tapi mustahil itu akan berlaku. 


Dalam hati masih berzikir lagi Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir. Moga2 lembut la hati guard tu beri keizinan keluar tapi hampa, dia langsung tak bagi Wida keluar. Wida pun rasa macam dah feed up. Bila call kawan Wida tu dia bagi cadangan supaya keluar ikut pintu lain pulak. Wida pun try la semampu yang boleh. So, Wida lalu semula jalan yang sama Wida parking kereta tadi.


Dari jauh Wida ada nampak lampu kereta lepas tu lampu tu dah tak ada. Bila Wida lalu situ Wida nampak kereta tu dah ambil tempat Wida parking tadi. Dalam hati Wida "Ya Allah selalu engkau tunaikan permintaan hamba mu ini tapi kenapa hari ni engkau tidak tunaikan". Lagi la dua kali rasa hampa. Wida pun berserah je la. Kalau ada rezeki insyaAllah dapat la parking nanti kalau ada kosong. 


Wida terus lupakan pasal parking tu, mustahil akan dapat park kat tempat yang sama. Tetiba Wida teringat kata guard tadi pasal Wida sorang je nak keluar dari pagar. So, maknanya kalau ada kawan Wida dapat la keluar kan....cantikkkk!! Terus tangan ni mendail kawan lelaki kelas Wida. Tapi dia tak angkat pulak mungkin dah tidur. So, cepat2 call kawan perempuan kelas Wida. Tut...tut...masih menunggu ni kawan pick up fon. 


"Hello Su sorry ganggu dah tidur ke? Nak minta teman ni ambil Fathin kat TBS boleh tak?" cakap laju2 sebab Wida hampir menuju ke laluan kolej Su. "Ok boleh Su pun tak tidur lagi". Alhamdulillah selesai satu hal. Stereng kereta terus membelok ke kolej Su sebab ngam2 lalu kat situ terus Su setuju. Tunggu dalam 5 minit dalam kereta sebelum Su bersiap. 


"Sorry Su menyusahkan tapi Wida dah takde pilihan". Wida pun ceritakan la pasal hal tadi. Su dengan Wida pun nekad je lalu kat pagar tenis. Tengok dari jauh macam pagar dah ditutup. Bila dah menghampiri pagar tu Fuhhhhh....Selamat masih buka. Memandangkan guard kat situ tak tahan kereta Wida, Wida pun teruskan la perjalanan. Alhamdulillah. Zikir masih tak henti lagi. Time tu juga terus telefon Fathin bagitau dah keluar dari pintu UPM. Selamat satu hal lagi. 


Macam biasa ikut jalan menghala ke arah tol Sg. Besi. Wida dah mahir juga tol dekat situ. Sampai je dekat TBS tu memang dah kosong dan takde orang. Cuma nampak ada pekerja yang bersihkan TBS tu je. Dari jauh dah nampak Fathin dengan Liyana tengah tunggu dalam TBS. Wida sarankan diaorg tunggu kat situ sebab Wida takut nak biarkan diaorg tunggu dekat ERL tu. Dalam TBS tu selamat sikit.



Bila Wida sampai je kat situ, Satu kereta pun takde inikan pulak teksi. Memang takde langsung. Kalau Wida minta kawan Wida tadi naik teksi pun memang takkan ada la teksi tu. Maka dua2 tak pernah simpan no tel teksi. Emmm....nasib la. Apa kan daya. Kawan Wida bagtau kalau nanti nak masuk pintu ke kolej kalau kena tahan dengan guard tunjukkan je boarding pas flight diaorg. 


Alhamdulillah selamat satu hal lagi bila guard tak tahan kereta Wida. Lepas hantar Su ke kolej dia Wida teruskan perjalanan untuk ke kolej Wida, Fathin dan Liyana. Emmm...satu hal nak cari parking tapi takde. Full beb. Ternyata pelajar UPM ni semuanya kaya raya sebab semuanya bawa kereta. Diaorg cadangkan Wida masuk je kereta ikut pintu pagar belakang memandangkan pintu depan memang dah tutup awal.




Usha2 tengok guard tidur. Berdesup terus masuk. Alhamdulillah lepas satu hal lagi. Guard tidur so, kami pun masuk la. Hanya kereta yang ada stiker kolej je boleh parking dalam kawasan kolej. Mana2 yang takde stiker kolej minta ampun "SILA PARKING DI LUAR" pandai2 la nak parking mana. Kalau parking kat luar alamatnya pukul 7 pagi dah kena alihkan kereta tak boleh parking kat situ lagi. Jika tidak tunggu la surat saman akan dikeluarkan atau tayar kena clamp. 


Minta dijauhkan la daripada terjadi perkara yang macam tu. Wida tak suka kalau nak buat kesalahan ni tapi kalau dah terpaksa buat salah sekali sekala Wida langgar je. Tapi otak penat berfikir la maklum la nak lakukan kesalahan kan. 


Akhirnya, Wida dapat parking dalam kawasan kolej dengan keberanian meredah je pintu pagar belakang. "Ya Allah engkau tak sediakan parking aku kat tempat biasa tapi engkau sediakan tempat parking yang luar biasa" dalam kolej lagi. Syukur sangat. Dalam hati lega juga bila dapat parking dalam kolej, jika diluar kolej dan jauh pulak dari kolej susah hati menggunung tinggi. Kesian juga dekat Fathin jalan jauh2 sampai ke kolej. So, bila parking kat dalam kolej tak la jauh Fathin nak jalan. Amin3.


Hebatnya Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir


*Wida ni asyik cerita pasal parking je kan. Nak tau kenapa sebab kerisauan yang 100x ganda dari fikirkan hal lain. Nak memang zikir ini terbukti bila Wida selalu berniat apa yang Wida mahukan. Mana tahu entah2 esok kat kawasan situ kena saman kereta atau sebaliknya. Pernah tau terjadi kereta terbabas lepas tu melanggar deretan kereta kat tempat parking tu. Habis rosak semua kenderaan kat tempat parking tu. Apa boleh buat semua adalah kehendak Tuhan diatas apa yang berlaku. 



Friday, February 14, 2014

Result Exam Dah Keluar

Assalammualaikum & Salam Bahagia
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Lebih dari sebulan akhirnya 14 Feb 2014 Wida dapat tahu juga keputusan peperiksaan Wida untuk semester 5. Sejujurnya Wida tidak la mengharap kecemerlangan yang tinggi tetapi cukup la sekadar ianya lulus memandangkan kesemua subjek agak tough pada sem ni. 


Bila dapat tengok result tu memang tidak disangka la sebab carry mark pun tak la tinggi sangat. Tapi alhamdulillah semuanya lulus takde C. Pointer pun naik juga alhamdulillah. Wida ni sebenarnya bukanlah pelajar pintar dan selalu tak konsisten dalam result exam kejap naik turun. 


Pada Wida cabarannya tu berbeza-beza pada setiap semester. Wida pun bukannya boleh jangka Wida dapat menguasai kesemua subjek pada semester ni. Tapi Wida ingat lagi masa last class bahasa Thai. Wida niat kalau Wida dapat keputusan bagus bahasa Thai, Wida akan ambil class bahasa Thai dua. Itu tak pasti lagi la, kalau ada kelapangan dalam jadual kelas boleh la Wida ambil tapi jika ada yang bertindih opppsss!! tak dapat la nak ambil subjek bahasa Thai kedua.


Subjek yang Wida paling takut pun dapat result yang ok juga. Syukur sangat2 pada Allah yang maha kuasa. Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir.

Tuesday, February 11, 2014

Akhir Cuti Semester

Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang



Lagi beberapa hari je lagi Wida dah nak habis cuti sem. Sepanjang cuti sem ni banyak juga la yang Wida dapat buat. Tapi mungkin tak sama dengan orang lain. Kawan2 ada yang tak balik kg sebab siapkan research kat fakulti. Ada yang dah mula buat projek. Tapi Wida duduk kat rumah je. 


Sepanjang cuti ni Wida rasa masa Wida banyak dengan keluarga. Membantu adik Wida menguruskan baby dia. Dapat juga la pengalaman menjaga baby yang baru lepas bersalin. Lepas ni rindu la Wida dengan baby Wafa. Kalau dah busy buat projek sem akhir maka tak balik la ke kampung. Kalau diizinkan dan ada kelapangan baru la Wida balik ke kampung. 


Start sem ni Wida nak mulakan semula perniagaan menjual barang bundle Wida tu. Sem lepas tergendala dengan macam2 hal lain. Rasanya nak bangkit semula dengan lebih aktif. Berharap agar ada rezeki Wida untuk semester ni. Kereta dah ada senang la nak gerak pergi mana2. 


Emm...lepas bulan 6 Wida dah habis semester. So, bulan 9 Wida akan mulakan praktikal. Tapi tak tahu la nak praktikal kat mana. Rasa macam sekejap je dah nak habis belajar. Lepas tu cari kerja and than fikir nak kahwin. Tapi mestilah cari calon dulu. 


Mak Wida tu suruh Wida kahwin 27 Julai tahun ni memandangkan umur dah masuk 27 tahun. Satu hasrat dia tu Wida kena tunaikan. Tapi tak tahu la bila. Mak cakap suruh buat majlis 27 Julai tahun ni, tarikh tu jatuh pada hari ahad tapi kan Johor sekarang hari ahad hari bekerja dan kebetulan pula 27 julai tu akhir ramadhan. 


Masa akan menentukan segala2nya. Semuanya Wida berserah kepada Allah. Dia yang menentukan kita manusia hanya berusaha.

Tuesday, January 28, 2014

FIKIR.HORMAT.MUHASABAH

Assalammualaikum & Salam Ingatan 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Wida tak tahu Wida nak mulakan dari mana sebab ini memainkan peranan yang penting juga pada Wida. Dengan adanya otak untuk berfikir kita perlulah menghormati apa yang datang kepada kita justeru kita perlu muhasabah apa yang berlaku pada kita. 


Ini melibatkan banyak benda tentang seorang individu la apa lagi kan. Apa yang Wida katakan dengan fikir tu adalah :

1. Dia tak fikir ke sebelum bercakap?
2. Dia tak tahu ke dengan siapa dia bercakap walaupun dia lebih tua dari Wida tetapi kalau mengikut pangkat dalam keluarga Wida lebih tua (whatever la...tapi kita kan sepatutnya saling berfikir)
3. Ada otak tu fikir la sikit ayat yang boleh dan sedap didengar


Apa yang Wida katakan dengan hormat tu adalah : 
1. Dengan sesiapa pun kita kena hormat, dengan adik, abang, kakak, jiran, orang yang tidak dikenali dll
2. Hormat bukan sekadar tundukkan kepala dan hormat bila lalu depan orang
3. Hormat pada diri sendiri itu lebih penting kerana ianya mencerminkan keperibadian sendiri


Apa yang Wida katakan dengan muhasabah tu adalah : 
1. Gabungan daripada fikir dan hormat akan terhasilnya muhasabah
2. Membetulkan keadaan dan kita berfikir lebih jauh dari apa yang kita lakukan pertama kali
3. Lihat diri sendiri dan tanya diri sendiri apa yang telah kau lakukan. Kalau tak sedar kesilapan dengar kalau ada orang yang nak tegur kau jangan kau buat tak endah saja.



Wida nak kata bengang tu takde la sangat tapi daripada apa yang Wida fikirkan tidak perlu la kita berfikir negatif sentiasa dan fikirlah secara rasional. Wida ni malas kalau nak berdebat kalau bukan kena dengan saingannya. Takkan Wida nak lawan dengan budak tadika kalau Wida ni adalah pelajar universiti. Kalau ya pun Wida lawan dengan budak tadika...yes maybe ada harapan untuk Wida menang tapi sebenarnya Wida bodoh kalau berlawan dengan orang yang tidak setaraf dengan Wida. Pada dasarnya memang Wida menang tapi kalau fikir secara rasional Wida adalah orang yang kalah. kalah kenapa? Sebab berlawan dengan orang yang tidak setanding dengan Wida. 


Wida katakan begini sebab Wida sedar Wida tak mahu untuk berlawan dengan sesiapa dalam hal keluarga kerana air dicincang takkan putus sampai bila2. Wida tak mahu ambil risiko berlawan dengan orang yang takde fikiran yang meluas dan fikirannya sempit sehinggakan boleh mengeluarkan kata2 yang tidak sepatutnya. Wida berfikir jika Wida lawan juga Wida sama bodoh dan sama taraf dengan orang yang Wida lawan tu. So, Wida hanya dengar dan Wida analisis.



Wida tahu kalau pada dasarnya individu itu umurnya lebih tua dari Wida. Tapi kalau dalam keluarga dan mengikut bilangan adik-beradik Wida adalah lebih tua dan dia sepatutnya menghormati. Ya Wida suka dan amat menghormati orang. Wida bukan jenis orang yang suka merendah2kan seseorang. Kalau boleh Wida mahu seseorang itu berada pada tahap yang tinggi walaupun dia tidak ada pendidikan pada tahap yang tinggi. Contohnya Atuk Wida, dia tidak berpendidikan tetapi dengan daya pemikiran dia Wida letak dia pada tahap yang tinggi kerana pemikirannya dan kehormatannya. 


Wida rasa dengan perbuatan individu terbabit Wida terasa juga sedikit sebanyak. Ya Wida hanya menumpang. Tapi setakat ni perbelanjaan Wida tak pernah minta dari dia. Wida belanja saja tanpa berkira janji semuanya mencukupi. 



Apa yang disampaikan oleh individu terbabit adalah tidak terhormat dan selalu memperli2. What the problem? Huh geram pun ada ni tapi dalam hati je. Nanti kalau diluah dan diberitahu takut tak boleh terima pulak. Walhal kita pulak yang menerima apa yang dia perkatakan. Malas la dengan orang yang macam ni. Sabar je la.


Emmm...mungkin korang tak faham dengan apa yang Wida taip ni tapi Wida tak berapa suka nak luahkan disini. Wida suka luahkan pada Allah yang Esa. Ini sekadar kata2 sahaja. Apa2 pun Wida doakan moga individu terbabit berubah. Cakap memang sedap tapi perasaan dan hati orang tua tak dijaga tak guna juga hidup dalam dunia ni. Bazir waktu je. 


Hebatnya Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang



Kes 4


Wida selalu drive balik dari Johor ke UPM sendiri. Takde teman pun yang naik kereta dengan Wida. Hati ni memang la selalu risau dan yang paling Wida risau bila Wida rasa mengantuk. Maklum la memandu sendiri cuma bertemankan lagu radio je la. Nama nak berbual dengan orang sebelah tu memang takde la dah namanya sendiri kan...Sepanjang perjalanan tu Wida berzikir je Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir. Niat supaya perjalanan Wida selamat sampai ke destinasi dan yang paling penting dapat parking kereta. 


Selalunya Wida gerak dari rumah selepas asar. Mak pesan kalau nak keluar biarlah lepaskan solat dulu. Tak kisah la mana2 waktu 5 solat tu. Lagipun kalau dah solat hati tenang nak memandu. Wida dah kira2 kalau perjalanan Wida ambil masa 4 jam, Wida akan sampai UPM antara hujung maghrib atau tiba di UPM bila nak masuk waktu isyak kalau jalan jem. 


Wida ni kalau kat highway tu kadang2 fikir nak cepat sampai je tapi Wida selalu juga tengok meter dan signboard. Kadang2 selalu sangat motong2 kereta lain. Dalam masa yang sama fikirkan pasal parking kereta kat kolej. Kalau lambat memang tak dapat parking kereta la. 


Wida tengok jam dah nak masuk waktu maghrib tapi satu R&R pun Wida tak nampak nak berhenti. Wida berharap Wida dapat solat maghrib di bilik memandangkan Wida dah nampak signboard Kajang. Wida tengok kenapa la semua kereta lambat je ni. Walhal takde plak kereta berderet-deret. Wida pun apa lagi potong la semua kereta yang lambat2 tu.


Tiba2....Click! Macam ada cahaya lampu kamera ambil gambar Wida. Terkejut Wida tetiba je ada flash camera macam tu. Terus Wida beristifar saat tu juga. Wida terus niat Ya Allah jangan la kereta aku kena saman. Aduhai...apa la salah Wida ni. Emm...Wida tak perasan pulak berapa tahap kelajuan kat situ, Wida fikir nak solat maghrib je time tu.


Bila sampai kat tol UPM Serdang tu Wida tanya dengan pekerja tol masa nak buat bayaran tu. "Maaf bertanya, tol sini ada surau tak?" Pekerja tu geleng kepala. Aduhai nak berkejar ke kolej pulak ni nak solat maghrib memandangkan waktu solat belum habis waktu. Terus Wida pecut memandu ke kolej lepas buat bayaran.


Sesampai je kat kolej tu Wida terus cari parking. Emm...hampa la sebab apa yang diharapkan takde. Cari punya cari ada satu tempat kosong tapi sempit. Wida yang kononnya terror ni try la juga masuk kat tempat kosong tu. Pergh!! muat2 tapi terjojol kereta Wida. Fikir punya fikir takkan nak biarkan macam tu kan sia2 je kalau kena gesel dengan bas or kenderaan lain.


Waktu solat maghrib dah nak habis ni. Zikir pun tak henti2 mengharapkan agar ada tempat parking yang kosong lagi yang lebih selamat. Lepas Wida matikan enjin dan kemas2 barang untuk dibawa ke bilik Wida perasan ada satu kereta keluar dari celah2 parking sederet tempat tu. Wida apa lagi, start kereta terus masuk kat parking yang kosong tu. Alhamdulillah syukur sangat2. 


Kekuasaan Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir. 

Terima kasih Allah di atas segala-galanya. Amin

Sunday, January 26, 2014

Hebatnya Zikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir

Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Kes Ketiga



Wida ni selalu la juga rasa berdebar kalau nak presentation. Bila Wida adukan pada mak Wida dia akan kata "Hai takkan dah banyak kali present berdebar lagi?". Emmm...makkkkkk tiap presentation tu lain perasaannya, walaupun dah banyak kali. Susah tu takde la tapi entah la. Wida selalu juga la hadapi rasa macam perut memulas2, rasa nak terbuang air la, rasa tapak tangan basah la, tangan sejuk la....uhhh rasa apa2 semua ada dalam diri ni. 


Alkisahnya Wida selalu dengar senior2 and my classmate talk, susah kalau nak presentation FYP (Final Year Project) ni. Sekarang masanya telah tiba. Wida sekarang sedang mengambil FYP dan sebelum final exam tu kena bentangkan la tentang projek yang Wida buat. 


Punya la Wida ni risau dan takut bila pensyarah yang menilai Wida tu orang kata serius dan tegas. Kalau dia nak tembak tanya soalan memang Wida mati la time tu. Dari malam tu sampai la keesokkan hari yang ditunggu untuk presentation FYP tu Wida tak henti2 berzikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir sambil niat moga pensyarah yang menilai presentation Wida tu terima apa yang Wida present. 


Masanya telah tiba. Wida tak sedia lagi sebenarnya. Sebelum Wida present Wida masuk kuliah seperti biasa. Memandangkan presentation Wida sudah dijadualkan pada pukul 12 tengahari itu yang Wida rasa lagi berdebar. Lepas Wida masuk bilik untuk presentation tu giliran Wida pun tiba. Wida perkenalkan diri. First2 lagi dah ditegur pasal tajuk sebab apa yang Wida tulis lain dengan apa yang ada di dalam slide presentation. Aduhai macam mana boleh tersilap ni. Sengal la Wida ni.


Dalam hati still lagi berdoa untuk selamatkan presentation Wida tu. Penilai masa tu macam tak dengar je Wida present. Seorang je yang masa tu mendengar. Wida pun lega la bila habis slide present. Ada la satu soalan yang dia tanya Wida tak dapat nak jawab. Wida pun sebenarnya tak sure dengan jawapan Wida. Ada la satu dua komen untuk Wida perbanyakkan slide dan penerangan. Alhamdulillah, takde yang terbeban dengan soalan yang bukan2. Lega dah hati Wida time tu.


Allah maha mendengar dan dia meringankan kesengsaraan yang Wida lalui tentang hati dan perasaan Wida ni. Ya Allah syukur sangat2. Semuanya dah selesai pada fasa 1. Ada banyak fasa lagi dan paling mendebarkan untuk tunggu semester depan perbentangan projek akhir.


Sesungguhnya setelah kita berusaha kita perlu la tawakal. Wida mengakui bahawa zikir ini memberikan 1001 rahsia dan penyelamat. Ya Allah hamba Mu ini melalui kesukaran dan bantuan Mu amatlah bermakna kepada hamba Mu ini. Amin

Gerak Hati


Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang



Wida with my sister Mira and my brother in law Rasol
During the Eid Mubarak at Mira husband house


Emm...semenjak cuti semester ni Wida pun cuti juga la untuk menceritakan apa yang Wida rasa dan lalui. Wida tak ambil kesempatan cuti ni untuk bekerja sebab Wida dah ada kerja tanpa gaji sepanjang cuti semester ni. Wida jadi babysitter. Best tu...Wida tolong Mira jaga anak dia Nur Wafa Adriana. Sekurang2nya dapat la pengalaman untuk Wida praktikkan bila Wida ada anak kelak. Hihihi...


Sebenarnya pasal tajuk Wida gerak hati tu adalah apa yang berlaku dalam hidup kita seharian tanpa kita sedari. Gerak hati sebenarnya dirasai oleh semua orang dan kita akan membuat kesimpulan disetiap apa yang kita rasa melalui gerak hati.


Ada satu hari tu Wida, Emak, Mira dan Baby Wafa nak pergi rumah mak mertua Mira. Wida ni gelisah and banyak fikir macam mana Wida nak hantar pos express Wida untuk Ikin classmate Wida. Dokumen tu penting sebab Wida dengan dua orang classmate Wida apply untuk pergi praktikal di luar negara. Tempat tak sure lagi sebenarnya di mana antara di Korea, Jepun or Thai. Memandangkan negara Thai sedang dalam pergolakkan so maybe negara lain la. Well, perkara ni pun sebenarnya tak confirm lagi.


Wida nak try go to Thai memandangkan Wida dah masuk kelas belajar bahasa Thai, tapi disebabkan insiden yang berlaku di Thai rasanya kami tukar tempat la. Wida tak nak bagi tahu lagi pada family Wida sebab perkara ni tak jelas lagi. Wida fikir nak bagitahu family bila dah confirm dapat pergi.


Ok back to story...dalam kereta tu puas Wida fikir macam mana nak hantar dokumen tu. Wida tak mahu mak Wida tanya itu ini. Gerak hati Wida rasa macam ada yang akan bantu Wida saat itu. Tiba2 masa Wida undur kereta Wida keluar dari garaj kereta ada motor posmen lalu belakang kereta Wida dan Wida tengok posmen tu laju je lalu belakang kereta, Wida apa lagi angkat handbreak terus keluar dari kereta menjerit "Abang Posmennnnn...." sekuat suara Wida sambil lambai2 tangan kearah posmen tu.  


Tak kisah dah malu ke apa time tu. Rasa masa tu Tuhan nak selamatkan Wida. Kalau Wida nak hantar dokumen tu sendiri ke pejabat pos tak sama arah laluan kami nak ke rumah mak mertua Mira. Alhamdulillah selamat dah dokumen tu nak dihantar ke pejabat pos. Terima kasih pada Tuhan dan pada posmen juga. Senyum je dia bila Wida minta tolong dia pos kan dokumen Wida tu. Alasan Wida "sorry nak cepat, so tak sempat pergi pejabat pos".


Dalam kereta mak Wida dah mula soal dari A-Z. Emm...banyak la Wida kena soal jawab. Tapi Wida tak bagitahu pun mak pasal hasrat Wida tu. Tunggu masa yang sesuai bila dah dapat result. 


Keesokkan harinya adik Wida si Mira tu cakap la "semalam dekmi mimpi Wahid pergi jauh, aku hantar pergi airport. Lepas tu aku rasa aku tak dapat tiket penerbangan. Wahid je yang pergi". Wida masa tu terdiam je la. Dalam hati seronoknya kalau mimpi dekmi tu jadi kenyataan pada Wida. 


Wida pun sebenarnya pernah mimpi sebelum ni yang Wida pergi ke luar negara. Antaranya Melbourne kalau tak silap Wida la dalam mimpi tu. Wida teringin sangat nak pergi tapi kalau boleh biarlah dengan cara yang halal dan selamat. Tak mahu la kalau dengan cara yang tak betul dan diperbodoh2kan. 



Monday, January 6, 2014

Semangat Final Exam 6/1/2014 Dua Paper

Assalammualaikum & Salam Ingatan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang



 Untuk hari kedua Wida ada dua exam paper. Emm...malam tu sampai je dari Johor terus buka buku dan nota baca. Tak tidur malam tu Wida study sampai ke pagi. Sempat lagi bersahur sebab mak ada bekalkan nasi untuk Wida. Malam tu pekena air indo cafe 2 bungkus terus mata tak mau nak tutup. Lagi pula kalau Wida tidur nanti mesti terlajak nak pergi exam. 


So, dah alang2 nak pagi terus la berjaga dan tak tidur malam. Pagi tu paper pukul 8.30 hingga 10.30 untuk paper biojisim. Lepas tu sambung exam coating pukul 11.30 higga 1.30 petang. Dua jam je. Tapi rasa macam tak cukup masa je nak jawab semua soalan tu. Bak kata Wida dengan kawan Wida. Jenuh memerah idea tapi tak terkeluar pulak apa yang dibaca. Last2 jawab je la apa yang tangan ni nak tulis. 




 Ada rupa tak orang yang tak tidur 2 hari? Steady je la. Nak buat macam mana kan. Redha je la. Yang penting dah usaha. Takat mana dapat itu semua kerja Tuhan. Kalau dapat lebih rezeki la namanya tu.



 Ini Ras classmate Wida. Rajin dia ni study.




Ini la pensyarah Wida yang mengajar subjek yang Wida exam hari ni. Prof. Dr Paridah Tahir. Sporting dan banyak membantu. Ada juga tadi dia tengok kertas jawapan Wida lepas tu dia bagitau apa yang perlu ditulis sebab dia tengok jawapan Wida tu sikit sangat kot. Maklum la tulisan kecik sangat tak muat satu paper.





 Inilah lagaknya makanan orang yang tinggal di kolej. Malas bebenor nak pergi cafe or keluar kemana2 cari makanan. Walhal puasa tadi. Lepas balik dari exam terus tidur sampai lewat petang baru bangun. Nasib la habis exam tadi terus solat zuhur di surau fakulti. 



Jeng jeng jeng dah siap. Senang je. Tak payah guna dapur. Tuang air panas terus siap dihidang. Makanan orang bujang kat kolej. Ini resipi baru Wida Suah Tom Yam ala Wida. Memang la tak kenyang tapi ok la buat alas perut. 


Pagi masa Wida tak tidur tu dalam pukul 5.30 pagi macam tu. Tiba2 tingkap bilik Wida ni bunyi diketuk2 cermin. Wida mula2 malas la nak ambil pusing. Wida buat tak tahu je. Memang Wida dengar dengan jelas. Wida try juga halau2 syuh syuhhh...lepas tu Wida baca ayat kerusi Wida tiup dekat cermin tingkap tu. Bunyi tu berkurangan juga la.


Wida fikir baik2 je sebab bilik Wida ada cicak. Cicak tu selalu keluar masuk dari tingkap. Wida malas nak ambil port layan2 benda yang bukan. Nasib la time tu Wida buka tonton layan cerita 'Ku Cinta Kau Seorang'. Lagaknya suara cerita tu Wida buka volume kuat2. Biarlah dengar dek orang sebelah bilik Wida. Sebenarnya rasa nak usir2 je bunyi yang mengetuk cermin tingkap bilik Wida tu. Maklum la bilik aras bawah sekali. Kalau Wida layan lain pulak jadinya.


8 Jan 2014 sedia pula untuk dua paper lagi. English and wood composite. Emm...hope dapat la menjawab kesemua soalan. Lepas tu balik kampung cuti sebulan. Tak sabar nak jaga anak Dekmi. Katanya dah pilih nama Nur Wafa Adriana Binti Muhammad Bukhari. Moga anak saudara Wida cepat sembuh dan dapat keluar hospital. 

Semangat Final Exam 31/12/13 Dua Paper

Assalammualaikum & Salam Semangat
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang



 Emmm...inilah bilik kuliah a.k.a tempat Wida exam first paper for this semester. Paling awal datang belum ada lagi pensyarah datang. Menunggu la nampaknya.




 Semak dulu nama kat luar pintu sebelum masuk bilik peperiksaan. Make sure ada nama diri sendiri. Yang exam untuk subjek ni tak ramai...11 orang je.




Sedia untuk exam pulp and paper

 Semester ni dua tahun ok Wida exam. Lama tak??? Mesti la lama kan kalau exam sampai dua tahun. Exam apa entah sampai dua tahun tu. Betul apa dua tahun 31 Disember 2013 sehingga 8 Januari 2014 kira dua tahun la juga tu kan. 


Okkk... mohon jangan keliru dengan kata2 Wida tu. Emm...memang rasa sekejap je semester ni. Tup2 dah nak exam. Tak rasa terisi langsung semester ni. Tak tahu la kenapa. Maybe banyak berangan dan entah syok sendiri agaknya. 


Semester ni ada 6 paper semuanya. Tarikh exam pun sangat awesome sebab tiap hari ada dua paper. Start final exam ni ok lagi. Paper pagi dan malam. Tup2 hari2 yang seterusnya tu gap sekejap je tak sampai berapa minit.




Exam paper Thai



 Lepak dulu sementara menunggu turn masuk bilik peperiksaan kat Kompleks Akademik A (KAA) UPM. Ramai juga yang periksa malam tu. Tapi campur2 la ada yang exam bahasa korea, jepun and banyak lagi la. Tapi ada juga yang exam bahasa last day exam 11 hb nanti. Kalau exam kat KAA wajib bawa sweater. Memang sejuk gila la. Wida kebetulan lepas habis paper Thai terus nak balik Johor so, alang2 la pakai terus sweater supaya tak sejuk bila jalan malam. 


Maklum la kalau drive sorang2 dari UPM ke Johor kadang2 Wida malas nak buka air-cond. Wida turunkan tingkap cermin sikit. Tapi sejuk juga la pada Wida. 


Time duduk2 kat sini ada la Wida nampak sorang budak ni yang ada pernah komen di blog Wida. Tapi tak berani la nak tegur dia. Dia pun masuk bilik exam yang sama dengan Wida. Wida perasan dia duduk tepi dinding. Wida duduk bahagian tengah hampir2 meja di depan.



 Peace Nadia...dia classmate Wida yang ambil bahasa Thai juga



 Still menunggu untuk masuk dalam bilik exam...yang tudung kelabu tu terror bahasa Thai. Ada harapan dapat 4.00 la dia tu. Nama dia Hana.




 Masuk-masuk je bilik peperiksaan Wida terus snap kertas soalan. Handphone dalam poket kan so curi2 la sekejap. Walhal berdebar la juga dalam hati nak jawab soalan tu. Totally in Thai ok soalannya. Wida ni bukannya ingat sangat. Tapi jawab je la. 



 Mas pun classmate Wida juga. Malu2 la tuuu....Dia paling awal keluar juga. Maybe dia jawab senang kot. Wida juga yang keluar lambat.



 Aduh siapa ea nama dia ni??? tak pernah nak ambil tahu pun nama dia walhal dia sama class Thai dengan Wida. Dia duduk sebelah Wida time ni. 


Start 8.30 sehingga 10.30 malam exam dijadualkan. Tapi Wida keluar awal pukul 9.55 sebab Wida dah bajet nak balik ke Johor malam tu juga. Tepat pukul 10 malam Wida masuk tol UPM dan meneruskan perjalanan ke Johor. Always sorang tanpa teman. Dah biasa kan nak buat macam mana. 



 Entah berapa laju Wida memandu tau2 je dah keluar tol Ayer Hitam pukul 12.45 tengah mlm. Ada la Wida berhenti sekali kat R&R Seremban untuk isi petrol sekejap. Tahan mata je malam tu walaupun penat. 



Sampai di Parit Raja pukul 12.50 tengah malam. Sepatutnya kalau balik dari UPM ke Johor ambil masa 3 or 4 jam. Tapi Wida ni memandu tak ingat dunia tau2 je dah nak sampai rumah. Tepat pukul 12.55 la macam tu Wida sampai rumah di Taman Maju. Kali ni tak balik terus ke rumah Ayer Baloi sebab mak ada kat rumah Parit Raja. Mak jaga adik Wida yang dah bersalin tu.



Wida balik pun sebab ada gap untuk tunggu next paper 6 Jan. Apa lagi balik la. Masa study week tu Wida tak balik. Tapi bila dah dengarkan yang adik Wida bersalin secara operation Wida pun balik la. Bantu apa2 yang perlu. Hati dah lega juga la sebab 2 paper dah lepas kurang sikit beban dikepala den ni.

Sunday, January 5, 2014

Ada yang sudi belanja makan

Assalammualaikum & Salam Ingatan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang



 Ok la cukup 4 box untuk 5 orang makan. Satu hari tu Fathin classmate Wida ni mesej tanya Wida free ke tak. Bila Wida kata free dia terus la bgtau niat dia nak belanja makan. Lepas tu dia ajak la geng lain 3 org lagi. Maka kami 5 orang naik kete Wida. Alkisah ni diawal2 semester 5. Maklum la jumpa kembali selepas cuti semester. Tak sangka la juga Fathin nak belanja makan kat Dominos Pizza. Yuhuuuu sedapnya.


Fathin suruh Wida buat pilihan nak makan pizza perisa apa...so, Wida ni yang sengal2 alam pilih la berdasarkan kepada gambar yang menarik perhatian Wida dan yang mana ada perkataan mushroom mesti itu la yang menjadi pilihan hati Wida. Hohoho...diaorg kena makan apa yang Wida order.



 Sebelah kiri mata terpejam tu la Fathin yang belanja kami makan. Sebelah dia Najwa. Kami satu fakulti. 


 Tak sabarnya nak makan dan rasa semua ni. Wida teruja juga dengan dessert yang ni. Pizza ada kaya dan pisang. Sedap sangat. Boleh la cuba kalau nak tau rasanya macam mana. Memang sedap la. Tak menyesal beli. Kawan2 Wida kata ianya manis tapi Wida suka la. 



 Posing dulu dengan makanan sebelum semua tu kami makan. Hahahaha. Muka gelap macam anak orang asli. Maklum la bapak saya hitam legam so anaknya tak berapa nak putih la. Ikut kulit bapaknya. Anak orang jawa la katakan. 


 Ini Fatehah. Entah la tak tau macam mana nak eja nama dia. Dia sama fakulti dengan Wida tak sama kos. Tapi kira kenal la juga. Macam biasa ambil gambar dulu sebelum melahap kesemua yang terhidang didepan mata. Ohhh!!! Sungguh melampau ayatnya melahap. Emm...maksudnya makan dengan tahap tak ingat dunia. 



Lepas makan2 kami singgah sekejap di mana ea lupa pulak kat Balakong tu. Alah yang tepi jalan besar tu. Emm...esok la cari tau kat mana. Jalan2 kat sana tu saja je cuci mata. Tengok ada orang buat persembahan so snap2 la gambar.




Terima kasih yang tidak terhingga kepada Fathin sebab sudi belanja makan. Moga murah rezeki dan dilanjutkan usia. Amin3...


Good Luck pada sesiapa yang ada final exam esok. Moga dapat buat yang terbaik dan jangan ada tinggal tempat kosong. Penuhi saja jawapan diruang kertas yang telah disediakan. InsyaAllah ada markah disitu yang akan diberikan oleh penanda kertas jawapan. 

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :