engkau boleh !!

Sunday, August 18, 2013

Selamat Pengantin Baru Aqila Afida Wahed

Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Pelamin yang dihias cantik sangat



 Wida minta tolong dari saudara Qila ambilkan gambar Wida ni. Maklum la Wida pergi majlis ni sorang2. Terpaksa la minta tolong orang dengan muka yang tebal.




 Tema oren peach







 Setia menunggu di dalam kereta sebelum majlis bermula.


 Dalam hati berdebar-debar sebenarnya


















Wednesday, August 14, 2013

Shasheila My New Friend




Place : MTM Fakulti Perhutanan UPM (Computer Method In Forestry)
Date : 10/10/2011
Time : 9.15 am - 9.43 am
Cuaca : Suam2 kuku, Sejuk2 beku...

P'bualan dlm kelas melalui SMS (ayat dlm bahasa SMS)

Whd : Hai khusyuk btl dlm cls. Beri s'penuh p'hatian ya
(dlm nada gurau)
Ciela : Hai kak wahida,(jwb mcm t'kejut)
sy mana ada khusyuk la..ngntk..

Whd : Ha5. M'gntuk rupa ny. Tgk bhgn knan, baris 3. Hujung meja i bdk cina 2 tdo. Bla d kjut dia ckp 'sy tgh b'fikir ni'. He3 lawak btl la. Kim slm kat Adda sblh kmu 2.
Ciela : Hahaha..emang lawak la..leh plak dia bfikir..Ada ckp, wslm (sambil jeling2 lect kat depan)

Whd : Kmu ni leh plak tgk akk kt cni, baru nk curi2 tgk kmu kat blkg. Ha5. (S'benarnya aku time tu toleh ke arah tmpt duduk ciela, tup b'tentang mata pulak kami b'dua. Terus dia senyum2 kat tempat duduk dia)
Ciela : Hahaha, nape nak curi2 tgk nie...

Whd : Ye la curi2 tgk sbb xnk kmu nmpk, tup2 kmu pn pndng cni jugak. Jd dah kantoi la. Apa kmu punya fb? nk add kmu la. Tnya Ada punya sekali.
Ciela : Hahaha...mcm 2 plak...(lepas tu dia pun bagi email dia dgn Adda sekali)

Whd : TQVM yunk. Kmu b'dua ni sbya adk bongsu akk. Lhr 91 kn. tp adk akk x stdy lg dia dh nk kawin. Akk je y msh bljr lg...
Ciela : Owh..hehe..yelah, kami xlaku lg..huhu

Whd : Ha5. Lwk la dia ni. Emm kna nyanyi lagu wali band cari jodoh. Ala bkn x laku tp kn nk bljr lg. Kmu xtau kt rmh kmu skrg b'deret2 org b'atur isi borng nk kmu.
Ciela : Hehe..btl2, blajaq dlu...alaaa..ane kak wahida tawu..reka ek..

Whd : Ha2 td akk pnjm tropong DOREMI so akk tropong kt rmh kmu. Rmai y b'atur tgu giliran nk isi borng. Wakaka. Ala akk gurau je, tau la x lawak, jgn la gelak2
Ciela : Hahaha..apelah kak nie, kelakar

Whd : Sumpa klakar gle kn...ala gurau2 je. Kdng2 m'ngtk la kt clas ni. Lps ni ada cls x?

Sebenarnya Wida kenal dgn Ciela time kami Starting School satu kumpulan kalau tak silap. Orangnya smart dan bergaya kalau pergi kelas. Apa2 pun friendship

Tuesday, August 13, 2013

Hantar Sepupu Balik Kolej

Assalammualaikum & Salam Sesuci Lebaran
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang



Sudah hampir seminggu kita meraikan bulan syawal. Alhamdulillah setelah beberapa hari rakyat malaysia merayakannya kini semuanya akan kembali meneruskan rutin harian seperti biasa. Tapi Wida masih berkesempatan untuk cuti lagi sehingga awal bulan 9. InsyaAllah 8hb september Wida akan balik ke UPM. Maklum la 9hb dah start kuliah.



Terminal Bas Pontian, Johor

Sebenarnya hari ni Wida hantar sepupu Wida yang sama kampung dengan Wida. Dia nak balik kolej dia yang kebetulan sama tempat belajar dengan anak saudara Wida yang bernama Farhan Rahimi. Khalilah naik bas maju ekspress kali ni, lagipun pakcik dia jaga kaunter tiket so senang la dia tempah online. 


Kami ber3 hantar sepupu kembar Wida juga nama Halimatunnisak, dia nak balik JB. Halimatussaadiah stay kat rumah je sebab dia tukang jahit. So kami berlima la dari rumah. Mulanya Wida dah minta izin dengan Cik Lyn minta Qila temankan Wida hantar Nisak dengan Alil tapi saat akhir Cik Siti dengan  Diah ikut. Kebetulan juga saat2 akhir Qila call bagitahu tak dapat teman. Emm...takpe la.


Wida baru ingat nak jalan2 dengan adik Qila tapi dia tak dapat ikut pulak. Alil naik bas pukul 3.30 petang so kami gerak dari rumah pukul 2 lebih macam tu la. Alil dengan Nisak naik bas kat Terminal Pontian. 


Tiba2 lepas parking kereta diaorang nampak Cik Lyn dari jauh ada kat terminal juga. Cik Lyn ni ibu pada Qila. Makanya sepupu Wida ni semuanya rapat dengan Cik Lyn maklum la Cik Lyn ni peramah orangnya, semua orang dia mesra. 



"Qila anak Cik Lyn mana? Jawab dulu mana anak Cik Lyn?" tetiba ibu Qila tanya anak dia. Aduhai kelakar la pulak mak cari anaknya sampai macam tu sekali. Wida pun bagitahu la yang anak dia tak dapat ikut sebab temankan orang lain buat rawatan muka, sebab hanya Qila je yang tahu tempat tu. Terpaksa la dia teman orang lain.



Pelik dia tengok anak dia takde ikut sama dengan kami. Cik Lyn pun sebenarnya baru turun bas dari Larkin pergi ambil pelajar KKBN. Siap jadi pemandu arah lagi pada pelajar tersebut. Lepas sorang2 naik bas kami pun beransur pulang. Sempat lagi Wida singgah bank masukkan duit raya yang Wida dapat. Kumpul2 dapat la masukkan dalam bank seratus setengah. Alhamdulillah rezeki.



Masa Wida terfikir nak cari siapa yang teman Wida balik lepas hantarAlil and Nisak, Wida terfikir kat Adik Qila, terus la Wida masej Cik Lyn, minta kebenaran dari maknya la kan kalau nak bawa anak dia keluar.

"Assalammualaikum Cik Lyn, wahida ni. Nk tnya Qila hr ni ada g mna2 x? Nk ajk Qila teman hntr Alil ke Pontian. Boleh ke?" (Bahasa SMS)

Mula2 tu takut juga nak tanya Cik Lyn, tapi tak lama dia balas masej Wida

"skrg ni Cik Lin otw dr Larkin ke Pontian, ada urusan. Apa2 hal call dia kat rumah, Cik Lyn izinkan dia ikut cikgu wahida".


Lepas ucap terima kasih tu tak lama, tak sampai 5 minit tiba2 Qila call Wida tanya "kenapa kak?" Terus la Wida bagitahu tujuan sebenar. Emm...tapi lepas tu tak jadi ikut pun. Sampai Cik Lyn tunggu kami agaknya kat terminal pontian.


Kadang2 Wida tergelak sendiri kalau Cik Lyn panggil Wida cikgu. Wida bukan cikgu bertauliah macam Cik Lyn. Wida pun secara tak sengaja terlibat untuk bantu anaknya. Apa2 pun Wida cuba untuk bantu anak dia. Wida tak mahu la kalau anak Cik Lyn dapat keputusan peperiksaan macam Wida. Sedih...

Raya Pertama

Assalammualaikum & Salam Lebaran
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Maaf Zahir & Batin


 Hai Selamat Hari Raya. Saya adik upin ipin 
Hahaha...songkok senget macam kartun upin ipin



 Nama saya Muhammad Nazim Haziq 


Jemput makan semua...

 Baju tema raya tahun ni warna merah. Jangan jealous tau...





Haziq makan ketupat cik wahid sedap...


Sebenarnya gambar budak kecil kat atas ni anak sepupu Wida yang sulung, lagi beberapa hari lagi dia dah nak dapat adik. Seronok la dia. Raya kali ni giliran sepupu Wida kat rumah atok Wida. Alah kampung sepupu Wida dengan suaminya tak jauh pun.



Lepas makan pagi tu keluarga sepupu Wida datang rumah atok. Lepas mereka makan, ada tahlil ringkas diadakan dan bacaan doa disedekahkan untuk adik-beradik mak Wida 4 orang yang telah kembali kerahmatullah dan seluruh keluarga yang telah menghadap penciptaNya.





Amin amin amin alhamdulillah selesai sudah bacaan doa tahlil. Selepas itu kami semua bersalaman dan bermaaf-maafan dengan semua.



Alhamdulillah rezeki dapat duit raya saudara mara beri. Boleh buat duit tambang balik UPM. Tapi kali ni balik bawa kereta sendiri. Dari kiri Muhammad Izuddin (sepupu Wida), Wida dan Nurul Natasha Azira (anak sepupu Wida). Diaorang duduk rumah berdepan dengan rumah atok Wida kat kampung yang sama.



Disebabkan Wida tak bawa langsung pakaian ke rumah atok malam tu, maka terpaksalah Wida balik semula ke rumah untuk bersiap2 dan balik semula ke rumah atok. Rumah Wida pun sebenarnya tak la jauh sangat dengan kampung atok. Dalam perjalanan balik tu ada kemalangan yang berlaku sebelum sampai rumah Wida. Ya Allah Wida perasan orang lelaki berbaju melayu dah terbaring sebelah kereta dan ditutup dengan kain pelekat or samping kalau tak silap. Motornya habis remuk, tapi tak perasan pulak berlanggar dengan apa cuma Wida nampak ada satu kereta proton kat situ.


Sepanjang perjalanan Wida dari rumah atok ke rumah Wida memang kereta bertali arus la, tak putus2 kereta keluar dan masuk ke kampung2. Masa Wida dah sampai rumah dan sedang bersiap2 nak ke rumah atok Wida ada dengan brek mengejut dari kenderaan yang lalu lalang depan rumah Wida. Sebenarya perjalanan akan lancar jika pemandu bawa pada kelajuan yang sekata. Kalau bawa perlahan macam siput lambat la maknanya perjalanan kenderaan tak kira la kat mana2 pun.




Wajah pada hari raya pertama. Simple je. Bergaya dengan jam tangan baru milik sepupu Wida. Hihihi. Baju pun pakai yang sedia ada je. 



Tasya darjah satu. Ni la tuan pada jam yang Wida gayakan tadi.



Ni adik Tasya namanya Muhammad Azril Haqim





Lepas tu apa lagi pergi beraya la kat rumah saudara mara jiran tetangga, ziarah menziarahi.

Monday, August 12, 2013

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Assalammualaikum & Salam Aidilfitri
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Rumah dah siap kemas tunggu tetamu hadir je 

Dikesempatan ini Wida nak ucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN

Kepada yang mengenali Wida serta keluarga. Maaf dipinta andai ada kata2 Wida yang menyinggung perasaan dan hati.


Kepada sesiapa juga yang membaca apa yang ada dalam blog Wida ni, andai ada tersalah kata atau terasa minta maaf la sangat2 ya. Nak bersalaman jauh la pulak.


Raya tahun ni Wida biasa2 je sebab tak sediakan pun baju raya, kek raya and semua tentang raya. Macam takde mood sebab kat rumah tinggal Wida, mak dengan abah je. Adik bongsu dengan kakak Wida beraya kat rumah mentua mereka. Harap adik lelaki Wida balik rumah pun malam nak raya tu dia baru gerak dari KL.


So, apa tunggu lagi Wida dengan mak terus pergi rumah atok Wida yang tak jauh sangat dengan rumah Wida. Dalam 20minit kot sampai la kalau jalan tak jem. Abah je tinggal kat rumah dia kata taknak tinggalkan rumah kosong.


Malam tu sampai2 je rumah atok terus makcik Wida cakap "turn wahid pulak untuk isi beras dalam ketupat" Ok...kena tahan mata nampaknya sebab ambil masa juga nak masukkan beras ni. Ada pulak tu anyaman ketupat tak ketat Wida terpaksa la repair semula. Wida bukannya reti anyam ketupat, ni semuanya anyaman hasil pakcik Wida yang buat.



 Nampak, agak2 berapa ya ketupat yang terhasil. Wida main isi je tak kira pun berapa. Tapi banyak juga ni ketupatnya. Jenuh juga Wida isi sampai sakit pinggang Wida ni.



 Beras dah sedia untuk diisi dalam ketupat.



 Ok masa untuk isi beras. Beras isi separuh je dalam ketupat ni. Jangan isi penuh nanti keras pulak.




 Tekun tak Wida buat kerja...



 Mula2 Wida buat sorang2...tapi lepas tu...



Ada yang datang membantu. Muhammad Izuddin, anak pakcik Wida. Dia duduk dengan atok Wida kat sini. Malam tu Wida tidur rumah atok dengan sepupu Wida yang lain.



 Jeng jeng jeng dah siap masak. Malam tu Wida tidur dekat pukul 3 pagi juga sebab nak siapkan ketupat ni. Hihihi berhasil nampaknya (puji diri sendiri). Alhamdulillah...sedap dimakan dipagi raya.
Wida suka makan ketupat dengan kuah kacang atau serunding.

Tuesday, August 6, 2013

Ramadhan Istimewa

Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Bersyukur kehadrat Illahi kerana limpah dan kurnianya Wida dapat menjalani ibadah puasa bersama keluarga tersayang diteratak kami. Sesungguhnya banyak kenangan bersama keluarga dan dapat melalui ramadhan yang mulia ni dengan gembira sebab Wida hampir puasa penuh. Syukur sangat2 cuma tak cukup puasa 3 hari je.



Sepanjang itu, Wida dapat mengerjakan ibadah terawih, dapat berpuasa dengan sempurna. Segala2nya ada Tuhan nak beri pada Wida cuma kadang kala Wida je yang tak perasan.


Tahun ni juga Wida dapat hadiah kereta. Gembira dapat solat terawih dan dapat jumpa adik Qila serta nenek dan Cik Lyn. Dapat bantu Qila untuk PMR dia. Harap agar dia berjaya dan mencapai apa yang dia target untuk keputusan PMR kelak. 


Sesungguhnya Wida sangat2 bersyukur kepada Allah s.w.t

27 Ramadhan Malam Khatam Al-Quran

Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Majlis Khatam Al-Quran 
Masjid Kampung Parit Panjang, Ayer Baloi Pontian


Selepas menunaikan solat terawih, kami jemaah di masjid berkumpul untuk memeriahkan lagi majlis khatam al-quran yang disertai oleh anak-anak kampung serta murid sekolah. 















Gambar tak berapa clear. Tapi dapat dijadikan kenangan. Wassalam 

Salam Akhir Ramadhan

Assalammualaikum & Salam Ramadhan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


 Siapa nak duit raya angkat tangan!!! Hihihi


Sebenarnya inilah antara perkara yang Wida akan lakukan diakhir2 ramadhan seperti sebelum2 ni. Lagi2 tinggal Wida je seorang kat rumah ni dengan mak abah. So, jadi kerja Wida la buat semua ni. Sebelum ni Wida juga la yang hias rumah, pasang pelita keliling rumah, jahit langsir dan baju family. Emm...tapi tahun ni macam takde mood so tak buat pun semua tu. Buat persiapan ala kadar je.


Tahun ni kakak and adik Wida beraya di rumah mak mertua mereka maka Wida yang masih single ni confirm la beraya dengan mak abah sendiri dengan adik lelaki Wida yang masih bujang jugak. Raya ke 2 InsyaAllah abang kakak dan anak2 saudara baru la balik ke rumah Wida. Meriah tu tak payah kata la, kadang2 Wida suruh senyap siap anak saudara Wida kata "apa la cik wahid ni, raya2 mana boleh marah2, maafkan la kami ya". Aduh bersabar je la.




 Alhamdulillah rezeki ada untuk tetamu yang akan hadir di rumah dan kunjungan apabila melawat saudara-mara. InsyaAllah cukup la seadaanya untuk semua.


Lepas siap masukkan duit dalam sampul. Macam biasa pergi dapur sediakan makan untuk berbuka. Yang ada di rumah pun 3 orang je so senang la. Masak pun tak banyak cukup la ala kadar untuk kami berbuka. Wida ni masak campak2 je janji boleh makan. Sedap tak sedap kira no 2 la. Janji tersedia dan boleh makan.


Tengah berbuka puasa tiba2 handphone Wida ada masej. Sepupu Wida cakap nak tumpang pergi masjid solat terawih. Wida ok je sebab memang lalu depan rumah dia kalau nak ke masjid. Tiba dekat masjid tu adik kesayangan Wida tu bisik kat Wida dia lupa nak bawa sesuatu yang dia nak bagi pada Wida. Emm...Wida cakap nanti Wida singgah la rumah dia untuk ambil barang tu. Khuatir esok tak jumpa lagi. 


Sebenarnya Wida nak ajak Qila naik kereta baru Wida tu, sebab tu Wida nak pergi ambil barang tu kat rumah dia. Rumah Qila tak jauh dari masjid. Pergi la sekejap. Emm...kalau dah ke sana memang takde maknanya la nak pergi sekejap, lama juga Wida kat sana. Berbual dengan neneknya Qila yang peramah tu. 


Bercerita lagi pasal kereta Wida tu. Emm macam2 yang ditanya Cik Lyn dan semua termasuk suami Cik Lyn. Aduh kelakar la pulak. Tiba2 Qila keluar dari rumah dia bagi Wida satu paper beg. Ala comel sangat. Terus dia cakap "buka kat rumah kak". Dekat pukul 10 lebih juga la baru Wida dengan sepupu Wida balik dari rumah adik Qila. 



 Inilah yang Qila beri pada Wida tadi. Terus buka nak tengok apa yang ada kat dalam tu.



 Wah!! Cantiknya dapat tudung 4 helai lagi tu. Tudung raya la ni. Suka2. Lagipun Wida jarang beli tudung. Selalunya guna tudung kakak yang dia dah taknak pakai. Tapi kali ni dapat tudung confirm2 la ni tudung Wida sendiri. Alhamdulillah...



Ohh...pandai dia selitkan kad ucapan dalam beg tu. Terima kasih adikku Qila aka anak murid saya. Alhamdulillah rezeki bulan ramadhan. Walaupun hari kelahiran dah lepas tapi still lagi dapat hadiah. Sebenarnya Wida punya birthday sama tarikh dengan mak Qila. 27 Julai. Itu yang Cik Lyn suka sangat tu. Siap wish2 lagi masa kat masjid lepas solat terawih. Punya la excited bila tahu sama tarikh lahir.

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :