engkau boleh !!

Friday, April 26, 2013

Diari Di Bumi Kenyalang 2nd Day

Assalammualaikum & Salam Dari Bumi Kenyalang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Setibanya kami semalam dari airport Kuching, Judith kawan Wida yang belajar kat UPM kebetulan cuti dan balik ke kampung, maka dia la yang menjemput Wida di Airport Kuching dan terus hantar kami ke hotel yang dia dah tempah. Hotel bajet je, tak sampai hati nak masukkan gambar kat sini. Sorry...


Malam tu lepas check in hotel, Wida dengan mak terus tidur. Tapi sebelum tidur tu kami cari tahu arah kiblat sebab esok nak solat subuh. Dalam bilik tu langsung tak ada arah kiblat, so macam mana nak solat esok kan. Wida tanya orang dekat kaunter tu tapi dia tak tahu. Emm...tak boleh jadi ni. Wida tetiba teringat nak cari piring astro sebab orang kata astro ni kan dipasang mengikut arah kiblat. 

Bila Wida tanya dengan pekerja tu "kedai mana ada astro?" pekerja tu cuma geleng kepala je. Hampeh betul la. Wida senyap2 keluar dari hotel tu dan pergi dekat bangunan yang rata-ratanya memang semuanya hotel kat area situ. Mula-mula tu takut juga bila berjalan sorang2 kat lorong2 tu, tapi demi nak mencari kiblat Wida teruskan juga pencarian. 

Akhirnya dalam kegelapan malam Wida nampak dari jauh ada piring artro. Wida berjalan semakin dekat dengan bangunan tu sebab tak nampak sangat arah yang dipasang piring tu. Bila dah nampak tu terus Wida lari balik ke hotel sebab Wida takut ada beberapa orang yang baru keluar dari pub area hotel tu.

Pagi sabtu tu dah janji dengan Judith nak keluar ke Serikin pukul7.30 pagi. Rasa macam awal lagi kan... tapi kalau kat Sarawak dan Sabah waktu dia berbeza dengan semenanjung. 7.30 pg tu dah macam pukul 8.30 pagi kat semenanjung. Tunggu punya tunggu, akhirnya Jue guna waktu disemenanjung juga iaitu pukul 8.30 pagi baru dia sampai kat hotel Wida duduk tu. 

Ingatkan kami berempat je termasuk kawan Jue tapi rupa-rupanya mak Judith pun nak ikut sama sekali dengan adik-adik dia. Kami pergi sarapan dulu sebelum pergi Serikin. Alas perut la dulu kan. 
Wida tak ingat apa nama kedai tu. Kena tanya Jue la kalau nak tau tempat yang Wida sarapan ni.



Dapat teka ini apa??? Inilah yang dinamakan LAKSA SARAWAK.


 Laksa Sarawak dia gunakan mee hoon. Bukan macam laksa kat semenanjung besar-besar warna putih. Boleh diperah limau dan tambah lada jika mahu.


Ini la yang Wida order time sarapan tu. Kat Sarawak ni diaorg makan Laksa Sarawak sebagai sarapan mereka. Kalau kat semenanjung samada Laksa Penang atau Laksa Johor jarang sangat dimakan pada waktu pagi. Selalunya menjadi pilihan pada waktu petang ataupun kebanyakkan dimajlis makan2. Tapi sekarang ni dah tak peduli tak de waktu untuk menetapkan sesuatu makan tu dimakan pada waktu bila.

Wida tak tahu nak komen macam mana. Pada Wida semuanya sedap sebab Wida menghayati. Tak semua makanan menepati citarasa kita betul tak. Masing2 ada citarasa sendiri untuk menilai sesuatu makanan tu. Bagi Wida yang pertama kali cuba laksa Sarawak tu, boleh tahan la rasanya.



Ok yang ini pula MEE KOLOK. Wida pun tak sempat tanya apa makna KOLOK tu. 

Siapa orang Sarawak yang baca boleh la terangkan sikit tentang kolok tu apa. Mak Wida order mee kolok ni sebab asyik dok dengar kat tv je tentang makanan Sarawak ni, so hari ni baru la dapat rasa macam mana tu mee kolok.


Mee kolok ni ada disertakan macam kuah sup. Wida pun tak tahu sangat cara makan dia macam mana. Kata kawan Wida, sup tu boleh dimasukkan terus dalam mee dalam mangkuk tu atau makan mee je and than sup tu hirup2 macam tu. Mak Wida apa lagi terus je masukkan sup tu dalam mangkuk mee kolok tu. Senang nak makan katanya. Hihihi... kelakar la mak Wida ni.


Nampak macam menyelerakan kan bila tengok makanan ni. Memang la tengok macam sedap. So, kalau nak tahu rasanya macam mana datang la Sarawak. Harganya tak tahu pulak berapa sebab mak Judith yang bayar time tu. 


Lepas sarapan kami bertolak menuju ke destinasi seterusnya yang dinamakan Serikin. Mengambil masa tak sampai satu jam bila kawan Judith yang drive. Memang laju la dia bawa kereta. Hihihi...maklum la lelaki mana boleh bawa kereta perlahan-lahan. 

Sepanjang perjalanan tu, Wida tengok pemandangan je. Banyak hutan-hutan dan tak nampak rumah langsung sepanjang perjalanan tu. Ada rumah pun jauh jaraknya. 


Serikin, Sarawak

Ok akhirnya kami sampai juga di sini. Perjalanan sepanjang ke sana tak berapa ok sangat sebab jalannya berlopak-lopak. Terpaksa redah je. Serikin ni sempadan dengan Indonesia. Macam-macam yang dijual kat sini. Cuaca mulanya redup je, naik ke pukul11 pagi tu dah mula panas. Wida pun rasa banyak juga Wida beli air botol kat sana, dahaga sangat.
 


Kalau kat semenanjung kami panggil pasar pagi je. Tak ada nama saintifik sebab semuanya menjual pelbagai barang.


Apa yang Wida dapat lihat kebanyakkan pengunjung yang datang kat pasar ni ramai pelancong dari semenanjung. Ala setakat orang semenanjung tengok muka je dah tau. Cakap apatah lagi macam2 loghat ada. Kedah bunyi utara, Johor bunyi jawa, Kelantan dengan kecek sokmo.



Bumbung tu unik so Wida sempat tangkap gambar sambil jalan. Mungkin ada simbolik atau apa2 tanda pada mereka di sana.


Ingat kat semenanjung je ke ada kerepek, kat Sarawak pun ada kerepek juga. Ini namanya kerepek belinjau Wida panggil. Rasanya pahit-pahit sedikit. Cara pembungkusan kat sana macam tu la. Belakang bungkusan tu kita nampak macam akuarium iaitu tempat kerepek tu diletakkan sebelum dibungkus mengikut kehendak pelanggan.


Tengok gambar je la ya...


Banyak pakaian yang diaorg jual. 


Beg cantik-cantik, harga pun cantik. Wida tak beli beg pun. 


Ini Wida tak tau apa benda. Wida main snap je gambar ni.


Ok berehat sekejap, penat berjalan tak tahu berapa KM. Belakang Wida tu nampak tak apa bendanya?? Itu la macam tikar gulung yang orang suka gunakan. Harganya belas-belas, tak ingat pulak nak tanya.


Inilah Judith kawan Wida kat UPM. Judith orang bidayuh.






Family Judith. Adik dia yang pakai baju pink and beg belang-belang tengah dok cari cermin mata. Mak Judith yang pakai baju hitam tu.




Khairul kawan Jue...pilih cermin mata juga.


Tata a.k.a adik Judith tengak pilih cermin mata yang dia suka.

Apa nama tempat ni...entah la mungkin dewan kot untuk diaorg berkumpul.

 




Itulah antara yang sempat Wida snap2.


Bergambar dulu sebelum nak balik. Wida tak beli banyak pun kat sini. Mak kata macam kat semenanjung je barangnya. Lagipun kami tak ambil bagasi lebih.



Antara Makanan Yang Dijual 





Macam kat semenanjung pun ada jual itu juga. So, kami tak beli la.




Kami tinggalkan Serikin, Sarawak dengan tapak kasut kami disana hihihi...tak tahu bila lagi dapat sampai ke situ. 

Kami menuju jalan pulang ke Kuching, tapi kami tak ikut laluan yang sama macam masa pergi tadi. Wida pun tak tahu la kawan Judith tu ikut laluan mana. Wida tak faham pun jalan kat sana.


Sempat lagi singgah sekejap kat Gua Angin.
Tapi Wida cuma kat kawasan parking kereta je. Tak sempat la nak masuk sebab cuaca tak berapa nak ok. Hujan panas.


Peace Yoo!!






Itu je yang sempat Wida snap gambar. Kalau nak tau apa yang ada di sana kena la datang sendiri dan lihat. Wida tak berkesempatan nak masuk sebab masa tak mengizinkan lagipun naik kereta orang. Kalau Wida yang sewa kereta lama-lama pun takpe.

Petang tu kami singgah di rumah Judith. Rehat sekejap sementara tunggu hujan reda sebab kereta mak Judith tiba-tiba aircond problem pula. 

Lepas diaorg hantar Wida dengan Mak ke hotel kami siap-siap bersihkan diri dan solat maghrib lepas tu kami pergi keluar makan malam. Kedai yang kami nak pergi tu tutup la pulak. So, makan kat kedai sebelah yang tutup tu. Baru la Wida nak rasa nasi itik, nampaknya tak kesampaian pulak

Tempat yang kami pergi makan ni namanya Kubah Ria. Katanya tempat ni baru dan perniaga kat sini pun baru pindah dari kawasan yang sebelum ni mereka berniaga, Wida pun tak tahu kat mana diaorg berniaga.

 
Aisya adik Judith...panjang sebenarnya nama dia. Mula tu macam malu-malu tapi bila dah kenal baru la nak main-main dengan Wida.


NASI AYAM PENYET ala Sarawak



Masa untuk makan. Wida orderkan mak Wida nasi ayam penyet. Tak tau la apa yang dipenyetkannya. Mak kata ayamnya keras...nasib la labu. Tapi sambal dia sedap. Terangkat la.



Kat sini la kami order makanan tu.



Mesti tertanya-tanyakan apa nama makanan ni. Kalau orang Sarawak memang dah tahu ni nama makanan ni. Nampak menyelerakan betul tak???


Memang selera sangat la. Harga dia boleh la. Nasi putih je kan. Sampai hati...sayur sekeping dua pun takde. Inilah cara masakan orang Sarawak. Wida dengan Judith order makanan ni la.



RICE AND BUTTER CHICKEN



Lepas makan nak bawa kereta pulak si Aisya ni. Hihihi...




Inilah antara pemandangan Kubah Ria dari dalam bangunan and kubah yang besar.


Thursday, April 25, 2013

Diari Di Bumi Kenyalang 1st Day

Assalammualaikum & Salam Mesra 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Akhirnya setelah lama tidak menaiki belon, ini kali la Wida dengan mak Wida naik belon lagi untuk bercuti ke Kuching Sarawak selama seminggu. Kebetulan Wida cuti semester selama seminggu so, kami berdua melancong la.



Time ni kami dah menunggu kat ruangan berlepas. Alhamdulillah proses check in berjalan lancar. Tinggal nak terbang je ni. Hihihi...tak sabar rasanya.





Ok tiket dah siap sedia. Kami naik Air Bus AK 5412. Penerbangan kami dijadualkan awal 20 minit ini bermakna kami pun tiba 20 minit awal la. Nasib baik dapat seat sebelah-sebelah.
Sebenarnya kami dah beli tiket ni lama dari tahun 2012 tapi baru sekarang dapat terbangnya. Maklum la beli tiket promosi. Murah la kan, bila lagi nak terbang dengan harga yang murah.



Berbaris menunggu giliran untuk masuk ke perut kapal. Senyum je mak Wida ni. Mak pun macam Wida juga pergi jalan untuk mencari pengalaman. Mak dulu-dulu tak berkesempatan untuk pergi jalan-jalan macam sekarang, so ada peluang mesti la tak lepaskan. 

Tapi mak dah tak larat sangat nak jalan mak sakit kaki. Mak ada sakit sendi. Masa kami jalan menuju ke gate yang dinyatakan untuk ke Kuching tu entah macam mana tiba-tiba mak terjatuh kat lantai. Wida pun terkejut la sebab mak tiba-tiba dah terduduk kat lantai. 

Wida puas tanya mak sakit kat mana-mana tak. Mana tahu terseliuh kaki ke. Wida sebenarnya berbelah bagi nak pergi Kuching tu sebab Wida dah rasa dari awal lagi yang hati Wida macam tak sedap je nak pergi Kuching tu. Petanda awal pun dah dapat lihat mak Wida jatuh. 

Tapi apakan daya Wida dengan mak dah masuk balai berlepas dan sikit lagi dah nak terbang so, kami teruskan je la. Orang tua-tua ni kan hati dia lebih kuat mengatakan sesuatu kalau dia rasa apa dalam hati lebih-lebih lagi naluri seorang ibu. 

Lepas Wida bantu mak bangun tu Wida terus bawa semua beg yang mak pegang. Biarlah Wida menanggung berat beg tu. Wida dah nak bawa beg pada mak awal-awal lagi tapi mak berkeras nak bawa juga. Dia kata boleh dan beg tu tak berat. Kesannya mak jatuh tu ada lebam kat tangan mak. 

Sedih la Wida tengok mak jatuh dan sakit. Kalau Wida yang jatuh takpe sebab Wida muda lagi. Wida bayangkan ya kat sini, kalau budak2 kecil yang jatuh kadang-kala kita ketawa sebab kita rasa bila budak tu jatuh macam comel je, habis tu kalau orang tua jatuh dapat bayangkan tak??? takkan nak gelakkan.




Mak masih boleh tersenyum lagi bila apa yang telah terjadi kepada dia tadi. Lihat bertapa tabahnya hati seorang ibu. Dia perlu kuat untuk memberi kekuatan kepada anaknya ini. Mestilah Wida sayang mak Wida. Segala-galanya mak yang Wida dahulukan.


Ok kami dah nak terbang, macam biasa dapat seat dekat sayap kapal terbang. Mestilah happykan diri. Nak pergi jauh takkan nak sedih2 kan, so senyum la. Lepas pakai tali pinggang tu, kami pun berbual-bual la memenuhi topik yang selalu kami kongsikan sampai Wida rasa nak tidur dan mak pun mula mengantuk.

Perjalanan kami mengambil masa 1jam 25minit untuk ke Kuching, Sarawak. Disebabkan kami ambil penerbangan waktu malam kami tak dapat nak lihat apa-apa termasuk pemandangan, cuma kami dapat lihat cahaya dari lampu jalan.



Ambil gambar dulu sementara tunggu orang ramai yang berpusu-pusu nak keluar cepat dari flight ni.


Setelah berlalunya 1jam 25minit akhirnya kami sampai ke destinasi iaitu Kuching, Sarawak. Tinggal nak jejakkan kaki je kat tanah yang dinamakan Bumi Kenyalang ini. Wida ni pergi mana-mana sempoi je, baju tu juga yang Wida selalu pakai pergi kelas, baju tu jugalah yang Wida bawa sebab Wida selesa dengan penampilan Wida yang macam tu. 

Masa ni pun sebenarnya Wida cuba happy2kan diri Wida setelah bersedih kerana Wida hilang segala maklumat belajar dan gambar2 yang ada dalam hard disk Wida. Wida bawa perasaan sedih tu ke Kuching dan Wida nak tinggalkan perasaan sedih Wida tu kat Kuching dan Wida berharap sekembalinya Wida ke Johor Wida hanya bawa senyuman. Wida fikir positif sahaja dan pasti ada hikmahnya atas apa yang berlaku. Hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Kuching, Sarawak AKU DATANG!!!!

R&R Pagoh Johor Arah Utara

Assalammualaikum & Salam Sejahtera
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Pokok Bucida putih (Bucida mulineti spp.)

Masa ni Wida dengan dua orang sepupu Wida on the way nak balik ke UPM Serdang dan dua orang sepupu Wida balik Shah Alam. Petang sangat dah kami gerak balik ke Selangor sepatutnya dalam perancangan akan bertolak pada pukul 2 petang tapi disebabkan dua orang sepupu Wida ni melawat nenek dia kat hospital, so haruslah Wida tunggu mereka pulang ke rumah dulu untuk ambil beg.

Kebetulan Wida balik Selangor bawa kereta, maka diaorg pun naik sekali la. Sepanjang perjalanan tu Wida la jadi driver diaorg. Kami sempat singgah di R&R Pagoh ni sebab nak isi minyak kereta and diaorg nak solat. 

R&R Pagoh ni merupakan hentian rehat yang terakhir dalam negeri Johor kalau tak silap Wida. Tapi tol yang last sekali tentunya susur keluar Tangkak, Muar dan Segamat. Wida selalu nampak signboard. Itupun bertuah kalau nampak, maklum la bas laju je dan Wida selalu tidur dalam bas. 



Kiranya ini la pertama kali Wida drive seorang je tanpa berganti-ganti dengan sepupu Wida. Steady je memandu, tak penat mana pun. Bawa la dengan kelajuan yang semaksima yang boleh, cuma kadang-kala sepupu Wida ada juga tegur Wida sebab memandu agak laju sedikit. Mana taknya kalau nak memotong kereta depan mestilah laju sikit kan, takkan tak laju. Hihihi

Sementara tunggu dua org sepupu Wida solat Wida pun apa lagi keluarkan kamera snap sana sini. 
Apa yang menarik di situ adalah nama saintifik pokok. Wida kan budak kos kayu kat UPM tu haruslah mengambil tahu nama-nama pokok dan kenal spesies pokok yang ada kat Malaysia ni.


Lepas diaorg solat kami jalan sekitar ruang makan kat situ, tapi kami tak makan pun. Saja cuci mata, kebetulan laluan nak turun perlu lalu ikut situ. Ruangan makan ni bahagian atas, kena naik tangga bergerak tu. 
 





Besar juga ruangan makan kat sini. Makanan pun banyak, pengguna tol boleh pilih apa sahaja yang ada kat sini yang penting mesti la ada duit untuk bayar. Tengok tempat duduk pun selesa dan bersih. 



Kedai makanan ringan ni berada pada aras bawah. So, senanglah pembeli nak beli makanan yang ringan-ringan. Kalau nak makanan yang berat boleh naik tingkat atas. Tudung kuning sebelah kiri tu a.k.a sepupu Wida yang nak beli makanan ringan la tu...

Oh...dia beli buah and beli air untuk Wida. Sedap jugak boleh makan-makan dalam kereta sambil memandu. Tak de la terasa mengantuk. Memang buah tu lastnya Wida yang habiskan. 




See, ramai orang kan kat sini. R&R Pagoh ni jadi tumpuan juga kepada pemandu yang ingin berehat setelah penat memandu jauh. Time kat sini, Wida ada la nampak pelancong dari luar negara tu beli buah. Tau tak dia beli buah apa??? Orang tu beli buah durian dan yang Wida perhatikan dia gunakan lidi sate untuk cucuk buah tu. 

Adoiiii....rasa nak ketawa terguling-guling kat situ bila tengok orang tu cucuk buah durian tu. Tang mana dia nak cucuk buah tu, rasa kelakar pulak tengok orang tu terkial-kial nak makan durian. Penjual tu pun satu, kalau buah durian tu makan pakai tangan kan senang. Kalau tak ya pun guna la sudu kecil untuk kaut isi durian tu. Alahai sengal juga. Durian dah la mahal takut je sia-sia tak dimakan dengan cara yang betul hingga bersih dan hanya buang biji saja.




Ok la Wida tinggalkan kenangan kat sini. Tak sure bila boleh singgah di sini lagi sebab bas selalunya taknak berhenti kat hentian yang besar macam ni. Dikhuatiri penumpang leka dan melambatkan masa disitu untuk meneruskan perjalanan seterusnya. 

Bila naik kereta je boleh singgah kat sini. Kalau Wida naik bas memang kirim salam la nak singgah R&R macam ni. 

Selamat Jalan Dan Sampai Ke Destinasi Yang Dituju

Siapa Si Dia Yang Baik Hati



Assalammualaikum & Salam Ingatan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Siapa si dia yang baik hati??? Kalau nak tahu baca la dulu. Tetiba teringat peristiwa yang berlaku kat TBS semasa Wida nak tunggu bas untuk balik ke kampung. Selalunya Wida balik seorang je, tak pernah berteman. So, kalau dah seorang tu pastinya semua sendiri. Berjalan seorang, makan seorang, termenung pun seorang. Kalau rajin tegur orang yang sama-sama naik bas baru la ada perbualan. Jika tiada memang Wida akan senyap je.

Selalunya Wida naik bas Maju Express sebab bas tu Wida rasa selesa la untuk sampai ke Pontian. Sebelum pukul 9 mlm tu Wida dah tunggu bas kat gate satu tiba-tiba terasa nak membuang pulak. Nasib baik Wida duduk sebelah orang lelaki tu. Wida pun minta dia tolong tengokkan beg Wida sementara Wida pergi ke tandas. Masa tu dah hampir pukul 9 mlm. Dalam hati kata tak apa la bukan jauh pun dekat je gate tempat menunggu tu.

Wida pun dengan slumber keluar dari tandas tu sebab dalam kepala otak ni tiba-tiba tergerak hati ‘kalau la orang tu ambil beg aku dan naik bas siapa nak tahu’. Sangkaan Wida meleset bila Wida keluar dari tandas dan menuju ke gate 1 Wida still Nampak dia lagi duduk jaga beg Wida. Tapi jauh sedikit la bukan dekat sangat pun. Tu la jangan fikirkan yang negative, batter fikir positif je bagus.

Belum 5 minit Wida duduk kat kerusi tu dan ucap terima kasih pada lelaki tu, Wida raba poket Wida macam rasa sesuatu yang tak ada. “Ya Tuhan!! Handphone Wida tertinggal kat toilet…”. Aduh menyesal pulak kerana menganggap yang bukan-bukan tentang lelaki tu terus Tuhan balas dengan kelalian Wida tertinggal handphone kat situ. Apa lagi Wida pun terus berlari tiba-tiba macam orang gila ke tandas. Biar lah orang nak tengok Wida time tu.

Time Wida sampai toilet tu, ada orang kat dalam. Wida tunggu orang tu keluar dan tanya dia ada nampak handphone Wida atas rak tu. Dia jawab tak nampak. Wida dah mula risau. Takkan Wida nak tahan orang yang keluar toilet tu dan buat spot check kat dia. Nanti dia kata apa pulak. Dalam hati ni dah dup dap dup dap rasanya sebab handphone tu macam nyawa kita. Bila tak ada susah la nak buat panggilan pada family nanti.

Terus Wida terfikir untuk call handphone Wida tu dan berharap ada orang angkat dan pulangkan semula handphone Wida tu. Ada la seorang perempuan tengah bersolek terus Wida explain kat dia and pinjam handphone dia. Nasib baik dia bagi pinjam. Wida pun terus call no handphone Wida tu. Berdebar-debar juga bila menunggu panggilan Wida tu di sambut. Ya Allah Ya Allah Ya Allah bantulah hamba Mu ini...itu la yang berulang kali Wida sebut.

Tiba-tiba ada dengar suara perempuan kat hujung talian menyambut panggilan Wida. “Awak itu telefon saya tertinggal kat toilet tadi. Awak kat mana? Saya ada kat depan toilet”. Confirm la perempuan yang jawabkan sebab toilet perempuan. “Saya dah nak naik bas. Kejap-kejap awak tunggu kat sana, saya datang sekarang”. Itulah ayat-ayat perempuan tu yang masih segar dalam ingatan Wida dan takkan pernah lupa hingga kini.

Lepas ucap terima kasih pada orang yang memberi Wida guna handphone dia tu Wida tunggu depan toilet. Tiba-tiba Wida nampak ada seorang perempuan ni macam tercunggap-cunggap lari tak cukup tanah. Itulah orangnya yang jumpa handphone Wida kat toilet tu. Bila dia tunjukkan handphone Wida tu Wida rasa nak peluk je dia time tu, tapi tak sampai hati pulak. Rasa over la pulak.

Berkali-kali Wida ucapkan terima kasih pada dia. Time tu memang Wida tak ada apa-apa langsung termasuk duit ditangan Wida sebab Wida hanya ada duit cukup-cukup untuk beli tiket tambang balik ke kampung. Dalam beg pun ada la duit syiling seposen dua. “Sorry saya tak ada apa-apa nak bagi pada kamu, saya doakan yang baik-baik sahaja untuk kamu”. Dia pun minta izin sebab bas dia dah nak bertolak. Langsung tak ingat nak minta no tel dia.

Wida terkilan juga sebab tak tanya nama dia. Memang tak sempat nak tanya apa-apa time tu. Otak beku. Actually, dia dah call kakak Wida guna telefon Wida tu untuk mention yang dia jumpa handphone Wida kat toilet. Kakak Wida sempat bagitahu dia yang Wida ada kat gate 1 naik Maju Express. Maybe time dia call kakak Wida tu, Wida dah menuju ke toilet. Ya Allah nasib baik Wida ingat tentang handphone Wida tu. Kalau dah jauh tertinggal tak leh buat apa la.

Pandai juga dia cari nama kakak Wida tu. Wida save nama ‘AIN KAKAK AKU’. So, maybe sebab itulah dia berani call and bagitahu pada kakak Wida. Syukur sangat-sangat hanya Tuhan sahaja yang dapat membalas jasa dia. Pengajaran untuk Wida sendiri, make sure 1) ingatan tu kuat agar tidak pelupa. 2) sebelum tinggalkan tempat yang kita duduk atau apa pun please toleh kebelakang walaupun seketika supaya tiada barang atau apapun yang tertinggal. Itu untuk memastikan yang kita tak tinggal apa-apa benda yang berharga ataupun tidak.

Macam masa tu, Wida tak toleh kebelakang, Tup-tup stokin Wida tertinggal dekat tempat duduk gate 4 masa Wida nak balik kampung, tapi bukan pada hari yang sama Wida hilang handphone. Alamatnya sejuk la Wida dalam bas time tu, dah la Wida ni memang selalu naik bas waktu malam. Maklum la kelas habis pukul 6 petang, Takut terkejar-kejar nak sampaikan TBS tu lambat jadi Wida beli tiket pukul9 malam, lepas solat isyak Wida turun ke ruang menunggu di bawah.

Andai kata perempuan yang telah menolong Wida tu membaca entri Wida ni, please tinggalkan masej pada Wida kat sini. Harapan agar dapat bertemu kembali dan kalau ada rezeki Wida nak beri sesuatu. Itu andai kata kita berjumpa. Terima kasih yang tidak terhingga, terima kasih juga kepada Tuhan kerana memberi peringatan dan kesedaran kepada Wida atas kelalaian Wida sendiri. Semuanya pasti ada hikmah disebalik apa yang tidak kita ketahui.

Wednesday, April 3, 2013

Mustahil dapat dikembalikan :(

Assalammualaikum & Salam Keinsafan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

3/4/2013 Rabu bertempat di bilik Wida kat kolej serumpun. Wida pun sebenarnya tak tahu apa kena dengan diri Wida hari ni. Wida fikir macam2, nak siapkan assignment yang diberi pensyarah sebelum cuti pertengahan semester. Fikir nak pergi Sarawak dengan mak tapi macam tak ada hala tuju. Serabut nak kemas barang supaya tak ada yang tertinggal. 

Tengah Wida nak pindahkan gambar dari memory card camera ke dalam laptop. Wida pun buka hard disk dimana Wida dah masukkan semua maklumat belajar Wida dan gambar2 penting dalam tu sebab Wida nak format laptop. Wida rename kan memory card dengan hard disk tu dengan no handphone Wida supaya berharap jika ianya hilang ada orang yang dapat menghubungi untuk dipulangkan.

Hard disk dengan memory card tu Wida letak no handphone yang sama. Entah macam mana, dalam hati nak format memory card tu sebab perasan ada virus. Wida dengan yakinnya click la kat no handphone tu, dan click ok. Tiba2 Wida rasa lain macam dalam hati

Terus la buka hard disk tu. YA ALLAH!!! jantung Wida tiba2 berdegup-degup, tangan mengigil, badan terus kaku sebab Wida tengok kosong dalam tu tak ada apa2. 

Aduh!!! Sedih gila. Sampaikan Wida  menangis tiba2 sebab fikirkan semua dalam tu hilang sekelip mata. Mustahil apa yang hilang terformat tu Wida akan dapat kembali. Wida berharap agar benda tu ada dan kembali kerana Wida amat2 memerlukannya hingga akhir hayat Wida. 

Lepas ni Wida taknak dah buat macam tu lagi. Bukan bidang Wida dan Wida akan serahkan pada yang pakar. Wida rasa terkilan sangat dengan tindakan Wida sendiri. Bila difikir-fikirkan, apa silap Wida sampai macam tu sekali Tuhan hendak menguji. 

Mungkin ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Itulah yang selalu Wida fikirkan dan berfikiran positif atas semua yang berlaku atas bumi ini walaupun ianya perkara negatif. Sampai waktunya kita akan dapat tahu juga kenapa semua itu berlaku. Ya Allah Bantulah Hambamu Ini. Berikan petunjuk agar ia kembali dan aku dapat memanfaatkan ilmu yang aku perolehi yang aku simpan di dalam itu. Sesungguhnya hambamu ini tidak dapat mengingati kesemuanya kerana hambamu ini insan yang lemah. Kembalikan la ia jika ia menjadi milikku yang mutlak. Amin amin amin. 

Monday, April 1, 2013

Fonesta 14 Di Kolej Serumpun

Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
 

Wida yang berjaya singgah kat gerai jualan mengikut kawan kelas Wida. Kalau takde kawan kelas Wida ni, takde maknanya Wida nak jejakkan kaki pergi sini. Bukan apa Wida segan la nak makan kat situ. Selalu pun Wida kalau makan mesti beli bungkus makan kat bilik, tapi disebabkan mereka dah duduk kat situ Wida pun join la sekaki.


Alang2 dah balik dari kelas lapar so, singgah la beli makanan. Asyik makan makanan kat cafe je sesekali nak juga makan lain dari yang lain.


Gerai jualan sekitar tapak karnival Fonesta berlangsung. Macam2 ada jual kat sini. Dari makanan, pakaian, buku, aksesesori lain pun banyak juga.



Sempat posing dengan classmate Wida ni yang berasal dari Kelantan nama dia Qamariah Norhidayah. Kitaorg panggil Qoma je. Tetiba je baju kami ni hampir sama. Tak janji pun nak pakai baju sama colour. 


Apa la agaknya yang dibincangkan diaorg ni. Emm...biarlah mereka terjun dengan labu-labunya. Hihihi


Ini pun classmate Wida juga. Sebelah kiri yang berkaca mata tu namanya Siti Suhaila dan sebelah dia senyum nampak lensung pipit tu namanya Siti Nurul Ashikin. Sue asal dari Pahang, Ikin pulak orang Nogori Sombilan. Dekat je dengan UPM ni. Dia la antara orang yang kerap balik kampung. Rajin tolong mak dia berniaga.


Sue makan pun sampai pejam2 mata apa cerita??? sedap sangat la tu agaknya makan ayam yang Wida and Fatin beli. Ikin jangan kata la memang mata dia sepet sokmo.

 

Ada juga la beberapa ketul makan kat situ

 

Dah nak masuk maghrib lagi la ramai yang cari makanan kat sini.


Inilah antara barangan jualan kat karnival under kolej 14 ni.


Pilih tudung la tu, kalau tak beli tak tau la. Hihihi


Peace!!! Smile lagi tu, ikin kata gambar dia ni comel terus kat situ juga dia minta Wida bluetooth ke handphone dia. Ikin ikin...


Inilah pemandangan dari bahagian atas. Banyak khemah jualan.

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :